Khamis, 30 Jun 2011

Keluarga 'sandwich' hadapi tekanan

Oleh Norakmah Mat Youb

norakmah@bharian.com.my
2011/06/30

Satu daripada empat keluarga di empat negeri berdepan masalah emosi kerana wang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 111,401 atau satu bagi setiap empat keluarga di ibu kota didapati menghadapi tekanan emosi dan mental yang teruk kerana tergolong dalam keluarga 'sandwich' kerana kemampuan kewangan mereka terhad.
Sindrom keluarga ‘sandwich’ adalah istilah digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri disamping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah itu turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.

Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.

Sumber @ Berita Online

Kerajaan dan kementerian yang berkaitan dalam hal ini kenalah turun padang dan tengok perkara ini. Jangan sampai ramai rakyat yang rosak mental dan menghadapi masalah sosial. Rakyat Malaysia bukan sahaja mempunyai beban ekonomi kerana pendapatan bulanan yang rendah tetapi juga di sebabkan kenaikan harga barang keperluan seharian.

Stres di tempat kerja dan stres dirumah. Malah rakayat Malaysia yang berpendapatan rendah didapati tidak mempunyai wang simpanan semasa kecemasan. Sebagai contoh kita boleh lihat perbelanjaan kasar rakyat Malaysia.

Pendapatan (Seorang Kerani Senior)

RM2000 (Isteri Tidak Bekerja)

Perbelanjaan

RM280 (Kereta Produa Viva)
RM350 (Rumah tiga bilik)
Rm200 (Duit dapur bulanan Beras, Susu, Milo, Kicap)
RM300 (Duit Pasar RM10X 30hari)
RM200 (Bayar Bil Air +Letrik+Gas Masak+ telefon)
RM150 (Bayar Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (kawin)
RM120 (Belanja sekolah RM2X 3anakX20 hari)
RM200 (Minyak kenderaan RM50x Seminggu)
RM50 (Isteri main kutu untuk beli baju raya anak-anak)

Jumlah Keseluruhan
RM1850
Baki duit ditangan RM150 (keraian keluarga & sekolah anak)

Kalau perbelanjaan macam diatas yang serba serdehana nie, bukan sahaja rakyat boleh jadi gila, silap-silap boleh jadi hantu. Adakah kesan dari masalah ini menyebabkan kes jenayah meningkat dan kadar orang gila yang berada di jalanraya semakin ramai sehingga boleh menyebabkan kemalangan maut. Tapi yang peliknya gaji CEO yang mencecah sehingga RM100,000 pun kadang-kadang tak cukup juga.

"Makin besar periuk Makin besar keraknya"

Tiada ulasan: