Ahad, 19 Jun 2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber @ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Aku pun tak berapa nak fahamlah dengan tugas Jakim nie. Produk yang telah disahkan halal oleh Jakim sendiri tetapi mempunyai DNA babi. Kenapa tak check dulu sebelum beri sijil Halal. Mungkin ramai orang Islam yang telah memakan makanan haram nie. Siapa yang nak tanggung dosa nie. Sebabnya makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita.

Kita selalu melaungkan Malaysia sebagai hab halal sedunia tapi hakikatnya kita umat Islam di Malaysia pun selalu kena kelentong dengan orang-orang kafir. Tapi yang pasti lepas nie apakah langkah Jakim dan kerajaan dalam menangani isu Halal ini supaya tak berulang lagi.

Aku nak syorkan peraturan dan undang-undang supaya setiap barang yang diketahui digunakan atau dimakan oleh orang Islam terlebih dahulu di hantar kepada Jakim untuk pemeriksaan dan pemberian sijil Halal.

Cuba tengok sekarang nie minyak rambut, minyak angin (Balm) dan barangan yang menggunakan bahan bergel digunakan oleh Islam tapi tiada pengesahan Halal.

Lepas ni aper la pulak.


2 ulasan:

vampiric_deathlock berkata...

lol. habis tu yang kite makan before2 dis sume tak halal lah ni. aduh2

Ader Rupa Ader Gaya berkata...

KY Jelly tu pun belum pasti halal atau tidak untuk digunakan oleh orang Islam. Setahu aku bahan-bahan bergel ini selalunya menggunakan unsur-unsur gelatin sebagai bahan penstabil di dalamnya. Walau bagaimana pun ada juga yang menggunakan pectin yang berusunkan tumbuhan.