Isnin, 6 Jun 2011

Gerbang Negeri: DAP momokkan kaum Cina isu KM Melayu

Oleh Fazli Abdullah

BENARKAH jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bakal disandang oleh wakil UMNO jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan negeri ini daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13?

Sama ada benar atau tidak khabar angin itu, apa yang pasti berita itu tersebar luas di kalangan masyarakat Cina di negeri ini. Cerita itu dimomokkan oleh pembangkang khususnya DAP bagi menakutkan masyarakat Cina supaya tidak memilih BN. Itulah taktik kotor pembangkang untuk terus berkuasa di Pulau Pinang selepas menyedari ada kesedaran masyarakat Cina untuk kembali menyokong BN.

Sumber @ Berita Online

Kenapa DAP
nak momokkan masyarakat cina dengan Hantu Kak Limah. Aku rasa orang Cina tak perlu takut kepada BN yang tentu-tentunya mewakili semua kaum Melayu, Cina, India dan kaum Pribumi lain. Selama nie pun aku tak nampak orang Cina rasa terancam atau pun ditindas. Kebanyakkannya hanya termakan hasutan politik yang berpandangan sempit.

Aper yang orang cina tak boleh buat kat Malaysia nie cuba citer. Berniaga boleh, berpolitik boleh, Sekolah Cina pun ader , tempat beribadat pun ader, tempat berjudi disediakan, pendek kata semua boleh. So kenapa la nak 'Kiasu ' sangat dengan menggunakan isu perkauman. Aku harap penyokong DAP nie dapat terima kenyataan yang kita di Malaysia nie berbilang bangsa perlu bertolak ansur antara satu sama lain serta saling hormat dan menghormati.

Aku Pun Suka Tengok Movie Jackie Chan.


1 ulasan:

Aziah berkata...

Selama ni kat negeri lain yg KM atau MB Melayu, ada kah kaum Cina ditindas atau tak boleh survive? PM kita pun orang Melayu, tapi orang Cina hidup senang jugak. Sebenarnya DAP tu dah naik tocang sebab ada PAS dan Keadilan sebagai kuda tunggangannya. Kalau menang PRU akan datang ni baru, barulah PAS dan Keadilan jadi Kuda Kepang je..