Ahad, 5 Jun 2011

Pemilihan Pucuk Pimpinan PAS: Ulama tewas

Oleh Nazura Ngah, Shaarani Ismail dan Haspaizi Mohd Zain

bhnews@bharian.com.my
2011/06/05

Mat Sabu, puak Erdogan sapu bersih pemilihan PAS

KUALA LUMPUR: Golongan bukan ulama menguasai kepemimpinan PAS Pusat apabila golongan terbabit menyapu bersih jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta lebih separuh daripada 18 Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Taman Melewar di sini.

Pemimpin akar umbi PAS, Mohamad Sabu tanpa diduga memenangi jawatan nombor dua dalam parti dengan merampas jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang dua penggalnya, Nasharuddin Mat Isa.

Kekalahan Nasharudin dikaitkan dengan perpecahan undi golongan ulama antara Tuan Ibrahim yang difahamkan mendapat sokongan pucuk pimpinan dalam usaha mengekang kemaraan bukan ulama menduduki jawatan nombor dua parti.

Kejutan yang membayangkan kehendak akar umbi, diterjemahkan menerusi undi perwakilan juga dapat dilihat menerusi keputusan barisan AJK PAS Pusat apabila mereka yang memperoleh undi paling banyak terdiri daripada kumpulan Erdogan dan penyokongnya.

Sumber @ Berita Online 6 June 2011

Apakah kemenangan ini mengembirakan penyokong PAS dan bagaimana pula reaksi PKR dan DAP. Adakah ini merupakan titik permulaan kerjasama antara PAS dan UMNO. Yang pastinya penyokong PAS perlu menerima hakikat yang pemilihan telah dilakukan oleh akar umbi. Persoalannya adakah arus perubahan didalam PAS ini dapat menambat hati rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Cuba Citer

Tiada ulasan: