Rabu, 1 Jun 2011

62% Pengundi Muda ‘Atas Pagar’

Kenyataan akhbar tempohari mengatakan '62% pengundi muda ‘atas pagar’. Tidak memihak kepada mana-mana parti. Macam menyindir aku aje.

Lagi pun berparti nie banyak membuang masa dari berfaedah. Baik pergi masjid baca yasin ker atau tolong isteri basuh pinggan. Lebih-lebih pun penyokong-penyokong parti yang asik nak bergaduh tak tentu pasal. Yang bestnya wakil yang nak jadi Adun tak kisah pun boleh duduk semeja minum bersama.

Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.

Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih ‘duduk atas pagar’ mengenai parti pilihan mereka.

Apakah maksud kenyataan ini? Sudah tentunya golongan muda ini terlalu sibuk dangan pelbagai alasan ada yang sibuk bekerja, ada yang sibuk belajar, ada yang sibuk merempet dan ada yang sibuk melepak tak tentu pasal.

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

2 ulasan:

Aziah berkata...

PRU tak lama lagi. Rasanya baru juga aku memangkah parti dot..dot..dot tu. Sampai hari ni aku tak pernah kenal siapa dia. Masa nak ngundi dulu, tengok gambar poster, lepas tu dah tak tahu cerita lagi. Kawasan aku tinggal pun dok mcm tu juga...tambah teruk lagi nampaknya. So adakah kita pilihan parti mana nak undi. Parti A tak boleh harap, Parti B...tak tentu hala, Parti C...hancur masa depan. Itu la sebabnya kita jadi Parti Atas Pagar..Sabor je le..

vampiric_deathlock berkata...

hehe berparty and yes saya seorang dari atas pagar. :D