Ahad, 3 Julai 2011

Muslihat burukkan kerajaan: Dr. Mahathir

SEREMBAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata muslihat perhimpunan haram dijadualkan 9 Julai ini bertujuan menggambarkan keburukan kerajaan, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang.

Beliau berkata, semua tuntutan yang dibuat penganjur perhimpunan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak berlaku adil dalam setiap pilihan raya selama ini.

“Tuntutan serta perhimpunan itu sebenarnya bukan untuk ‘membersihkan’ pilihan raya, tapi adalah serangan terhadap kerajaan bagi mempengaruhi rakyat serta memberitahu orang luar bahawa kerajaan tidak telus dan teruk.

“Kalau benar pilihan raya kita teruk, maka pembangkang pasti tidak akan menang banyak kerusi dan juga Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan negeri dan pastinya kita sudah merampas kembali Kelantan lama dulu,” katanya pada Forum Generasi Muda di sini, semalam.

Sumber @ Berita Online 3 Julai 2011

Aku dah naik mual dengar perkataan Bersih, rasa nak termuntah dan terkentot pun ader. Siapa lagi kalau bukan si Nuar nie yang menjadi director di belakang tabir dan Ambiagu sebagai anjing penyalak bukit. Ditambah pulak dengan acar buah dari Mat Sabut dan Ikan Guan bakar Pulau Pinang. Ambigau nie pun dia orang kata berak pun tak cebuk macamana nak bersih, tambah dengan Nuar nie entah-entah belum mandi junub.

Kita semua maklum agenda tersembunyi Nuar nie untuk mengujudkan kacau-bilau dan mengalihkan pehatian rakyat dari memfokus kisah kelampauan nafsu sarakahnya di makhamah. Selain itu parti pembangkang nie juga takut kepada bayang-bayang sendiri dengan mengakui kebangkitan semula BN, yang dilihat mampu merampas semula negeri di bawah pemerintahan pembangkang. Jadi hendak tak hendak mereka terpaksa menyalahkan SPR sebagai kambing hitam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas dan bangang.

Pembangkan nie hanya pandai bercakap aje, itu tak betul ini tak betul. Tapi kalau sakit pergi jugak hospital kerajaan. Kenapa tak pergi klinik swasta. Selama ini pun aper yang parti pembangkang dah buat dekat negeri-negeri yang mereka perintah. Habuk pun tak ader. Menyusahkan rakyat lagi ader le.

Jangan Takut kepada Bayang-bayang Sendiri

1 ulasan:

Aziah berkata...

SPR belum BERSIH sebelum semua negeri depa menang. Bodohnya bangsaku, pergi memperjuangkan supaya lebih byk negeri jatuh kat DAP.