
bhnews@bharian.com.my
2011/06/18
Agong tak beri perkenan pilihan raya masjidGEORGETOWN: Keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya masjid bermula hari ini, ditangguhkan kerana tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, selaku ketua agama Islam negeri ini.
Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan penangguhan itu ketika menerima menghadap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria di Istana Negara, kira-kira jam 9.15 pagi semalam.
Hadir sama pada majlis menghadap yang berlangsung kira-kira 30 minit ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Perkara itu sudah dimaklumkan oleh Ellias kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)
Baru padan dengan muka DAP & PKR Pulau Pinang apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan penangguhan pemilihan AJK Masjid yang diura-urakan akan dijalankan pada hari ini. Memang patut pun benda macam ini tidak dipolitikan dan di menipulasi oleh golongan tertentu untuk mendapat sokongan rakyat.
Yang aku hairan kenapa orang Pulau Pinang sendiri tidak buat perhimpunan beramai-ramai untuk menolak agenda terancang DAP & PKR nie. Kanapa perlu sampai melibatkan Yang di-Pertuan Agong. His his tak patut tak patut. Ampun Tuanku. Aku rasa masa pemerintahan kerajaan Gerakan/BN perkara macam nie tak terjadi pun. Jadi nak salahkan siapa. Jangan lah kita sesama Islam bemusuhan, bangsa lain tersenyum gembira.
Gunakan Hak Anda Sebagai Pengundi Yang Waras, Bukan Mengikut Perasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan