Sabtu, 11 Jun 2011

UMNO Tanah Merah Gesa Ahli Dekati Rakyat

TANAH MERAH 10 Jun - UMNO Bahagian Tanah Merah menggesa ahli-ahlinya berusaha mendekati rakyat dalam memberi kefahaman terkini mengenai matlamat dan perjuangan parti membangunkan agama, bangsa dan negara.

Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz turut mengingatkan mereka supaya menunjukkan semangat perpaduan dan kerjasama yang erat supaya ia menjadi contoh kepada masyarakat.

Katanya, ahli UMNO perlu bergerak aktif mendekati rakyat agar perjuangan UMNO terus diterima.

"Golongan generasi muda perlu diberikan tumpuan kerana sebagai pengundi, mereka bakal menentukan arah tuju negara.

Sumber @ Utusan Online 11 Jun 2011

Kenapa baru sekarang UMNO Tanah Merah nak dekati hati rakyat dan golongan muda. Dulu terlupa kot atau terlampau menyibukan diri. Kalau yer pun benda macam nie kena lah buat secara berterusan dan bukan bila nak aderkan pilihanraya baru nak dekati hati rakyat. Tak perrnah nak belajar dari kesilapan lalu.

Nak ubah minda rakyat bukan mudah atau cukup dengan memberikan mereka gula-gula atau tabur janji-janji manis sahaja. Kena usaha lebih keras.

Masa Menentukan Segalanya.

Tiada ulasan: