Ahad, 5 Jun 2011

Kerajaan Tidak Berkompromi

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kelompok-kelompok tertentu yang bertindak semata-mata atas perhitungan untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja tanpa sedar kesannya ke atas kesejahteraan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ingin mengingatkan kepada semua pihak yang tanpa rasa bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan keagamaan sama ada secara terang atau halus, bahawa mereka sebenarnya bermain dengan permainan yang amat berbahaya.

"Mereka sedang memperjudikan untung nasib masa depan anak cucu kita dan akhirnya nanti, yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda di Istana Negara di sini, hari ini.

Sumber @ Utusan Online 6 June 2011

Aku sokong kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak jangan lah kita semua memainkan isu perkauman dan keagamaan di negara ini. Lebih-lebih lagi kepada semua ahli politik yang cuba merayu simpati dan sokongan rakyat dengan meracuni pemikiran mereka. Isu ini boleh mengakibatkan suasana yang tidak sihat dikalangan rakyat dan kemusnahan kepada negara.

Jangan Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga


Tiada ulasan: