Rabu, 27 Ogos 2008

Politik Atas Pagar


Kenapa mesti duduk atas pagar?

Sebenarnya sudah sampai masanya kita mempunyai pendirian sendiri yang lebih terbuka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dapat berfikir dengan matang dan waras untuk memilih yang mana baik atau tidak. Bukannya menyokong membawa rebah dan tak tentu hala serta taksub dengan janji-janji manis.

Dalam senario politik negara sekarang kita lihat orang Melayu bermusuhan sesama sendiri dalam mencapai maksud tersendiri. UMNO, PAS dan Keadilan masing-masing mahu menunjukan keikhlasan dan kekuasaan dalam memimpin serta memperjuangkan nasib orang Melayu dari lembah kemiskinan.

Perpecah orang Melayu bergitu ketara dengan tokok tambah dan tomahan dari perasa dan pewarna dari mereka-mereka yang tidak tahu berterima kasih.

Saya lebih suka kepada pendirian yang terbuka dan dapat berfikir secara logik. Tidak memihak atau berpihak kepada sesuatu parti politik melampau atau terlampau. Lagi pun orang politik suka menabur janji yang belum tentu dapat mereka penuhi

Banyak Yang Tersirat Dari Yang Tersurat.