Khamis, 30 Jun 2011

'BN serah nasib, Masa Depan kepada Rakyat'

Oleh Suzianah Jiffar dan Poliana Ronnie Sidom

bhnews@bharian.com.my
2011/06/30

Perhimpunan haram tidak hormati resolusi: PM

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, perhimpunan haram dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), adalah sikap tidak menghormati keputusan dibuat rakyat, selain mendorong kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menyerahkan nasib dan masa depannya kepada rakyat, bukan kepada demonstrasi atau usaha yang boleh menggugat keselamatan serta kestabilan negara.

“Apabila tiba masanya, kita akan menyerahkan bulat-bulat kepada rakyat dan bersaing dengan parti pembangkang. Jika kita tidak berpuas hati dengan sesuatu keadaan, ada saluran untuk dibawa ke pihak berkenaan. “Jika tidak puas hati dengan pilihan raya, bawa ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak menghalang mereka berbuat demikian.

“Jika pilihan raya di negara ini tidak bersih dan adil, kenapa BN boleh hilang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum 2008? Justeru, perkara penting adalah keharmonian kaum dan memelihara perhubungan supaya keadaan terus aman dan sentosa bagi mengelak tragedi dalam negara.

Sumber @ Berita Online

Datuk Seri Najib Razak serahkan nasib BN kepada rakyat pada pilihanraya akan datang. Memang betul pun, undi di tangan rakyak. Tapi ianya bukan untuk disalah guna dan mengundi mengikut emosi.

Selama ini pun kerajaan BN telah menjalankan pemerintahan dengan baik, tetapi banyak lagi ruang-ruang yang boleh diperbaiki untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat. Kena dengar keluhan rakyat dari segi ekonomi dan masalah sosial. Jangan terlampau leka dengan Syarikat Korporat yang tentu-tentu dah kaya raya dan menunjuk-nunjukan kemewahan mereka. Selain itu bekas-bekas menteri yang korup dan nyanyuk, jangan lagi disimpan dalam kerajaan sebagai pengarah atau VIP kerana ia menjatuhkan imej BN dengan sendiri

Berbalik kepada parti pembangkang, aku belum nampak lagi sumbangan yang telah dilakukan oleh DAP, PAS dan PKR di negeri pemerintah mereka kini. Kalau di Penang orang Melayu dan India asik kena kelentong dan ditindas oleh DAP. Di Kelantan dan Kedah, PAS terlampau sebuk berceramah politik hingga lupa anak negeri sendiri tiada pekerjaan, lari merantau ke negeri orang. Yang PKR di Selangor pulak macam tikus jatuh atas beras tak tahu macamana nak memerintah sebab tak sangka boleh menang pilihanraya, yang menerima nasib ialah rakyat Selangor sendiri. Macam-macam tak puas hati.

Tetapi kadang-kadang mereka-mereka ini yang menjadi penentang sebenarnya telah banyak termakan budi kerajaan BN selama ini. Tapi masalahnya mereka ini tak tahu berterima kasih macam kacang lupakan kulit. Dapat biasiswa, dapat masuk sekolah asrama penuh dan Universiti kerajaan, boleh belajar luar negara tetapi bila dah senang, sokong pulak pembangkang. Tak patut.

Lagi satu ader jugak kakitangan bawahan dan atasan di dalam kerajaan yang menyokong kepada pembangkang. Pelik tetapi benar, tetapi memang ader. Ini kerajaan kenalah siasat sendiri. Jangan sampai jadi duri dalam daging. Sebenarnya meraka-mereka ini semua kena mendokong segala dasar kerajaan dan bukan menjadi penghasut.

Terlajak Perahu boleh reverse, Terlajak mengundi Padah Binasa.


Tiada ulasan: