Rabu, 13 Julai 2011

'ADUN DAP tak layak berhujah guna hadis'

Oleh Khairul Azran Hussin

khaiazr@bhrian.com.my
2011/07/13

Mohamad Satim kecewa diarah keluar sidang

SHAH ALAM: Ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam, kesal kerana menerima hukuman itu hanya kerana mahu bertanya kepada ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim yang cuba mempersendakan Islam.

Katanya, beliau hanya mahu meminta penjelasan kerana kecewa dengan Suee Lim yang sering menggunakan hadis dalam sidang DUN, tetapi tidak dibenarkan serta diarah keluar dan serta dilarang memasuki sidang sehingga tamat persidangan oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim. Chang Khim ketika membuat keputusan itu, berkata beliau terpaksa mengarahkan Mohamad Satim keluar dewan kerana menghalang Suee Lim meneruskan perbahasan walaupun diperintahkan duduk.

Mengulas lanjut, Mohamad Satim berkata, Suee Lim tidak layak bercakap mengenai hadis kerana beliau bukan orang Islam selain tidak memahami maksud hadis Rasulullah SAW itu sendiri. “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis,” katanya.

Mohamad Satim berkata, bukan Islam sepatutnya lebih menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak menyalahgunakan hadis dan al-Quran bagi kepentingan politik.

Sumber @ Berita Online

Sejak bila pulak orang kafir gunakan hadis nabi untuk menghalalkan pendapat mereka. Kenapa Ustaz Suee tak gunakan hadis-hadis untuk perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak orang kafir. Contohnya Jangan makan babi, jangan minum arak dan tak boleh menjadi iman dan pemimpin kepada orang Islam.

Inilah hasilnya yang orang Islam di Selangor dapat dari kebodohan sendiri. Menang bersabung tapi negara tergadai.Mana perginya suara-suara lantang pemimpin PAS dan PKR. Jangan jadi dayus, hanya kerana ingin memerintan negeri Selangor.

DAP bagai serkam dalam api yang boleh memusnahkan Islam dalam senyap.

Selasa, 12 Julai 2011

Pelakon Lagak Ngeri Bersih

Sudah lah Bersih dan PAS, tak habis-habis nak menipu rakyat. Aku ingat Nuar Kunyit nie aje yang pandai berlakon, rupa-rupnyer ramai lagi pelakon handalan di kalangan ahli PAS nie termasok Mat Sabut dan yang terkini Suhardi Jonggang dengan lagak ngerinya (stunt man).

Nak tergelak pun ader, naik menyampah pun ader. Dah memang dasar penipu dan putar belit.

Babak Lakonan Pertama

Si Nuar temberang yang menyertai perhimpunan Haram Bersih pada 9 Julai lepas. Lari lintang pukang masok ke hospital semasa pihak polis memaksa perhimpunan haram tersebut bersurai. Kononnya cedera tengok terseliuh semasa perhimpunan. Kena simbah air lah, kena gas pemedih mata lah. Sebenarnya Si Nuar nie bukan cedera masa perhimpunan Bersih, tapi di keroyok oleh penyokong sendiri semasa di lobi hotel. Jadi tak betullah kata polis yang lakukan.

Rakyat dah boleh baca taktik si Nuar nie. Dia nak suruh pihak polis ISA kan dia, supaya dia boleh terlepas dari naik mahkamah tentang kes terlampau dier. Lawak betul. Lepas tu suruh kameraman ambil gambar dier terbaring kesakitan, nak dapat simpati rakyat konon. Publisiti murahan betul. Yang hairannya tak ader pun seorang penyokong dier yang berada sebelah dier semasa ambil gambar nie diambil.....hey posing kot.


Babak Lakonan Kedua

Cuba tengok kisah Mat Sabut nie yang menghadiri Sidang Dun Selangor dengan menggunakan kerusi roda dan hanya memakai kain pelikat. Baik-baik sikit Mat Sabut nanti si Nuar tu terkam dari belakang baru tahu.

Hari tu kata cedera semasa perhimpunan haram, kalau yer pun cedara, rehat la kat rumah ambil MC. Nie seboleh boleh nak pergi jugak sidang Dun tu. Kalau termati dalam Dewan Sidang tu macam maner. Sapa nak angkat? Awak tu gemok. Nampak sangat pembohong.



Babak Lakonan Ketiga

Pelakon Lagak Ngeri PAS dan Bersih Suhardi Jonggang. Nie lagi satu boleh tahu bila dier nak mati. Terror betul, ilmu ape yang dier pakai. Aku dengar berita, dier yang mati tapi orang lain yang kena tanam. Pelik sungguh. Putar belit jugak orang PAS nie.

Siap boleh berdoa pakai laud speaker lagi sebelum mati. Bodoh betol mamat nie dengan orang-orang yang sewaktu dengannya. Mati la betul-betul, jangan pakai berlakon aje depan kamera. Kat situ kan banyak banggunan tinggi-tinggi naik la lepas tu terjun, tak berani pulak.

Lagi satu yang pergi sembahyang tengah jalan tu, apa ke jadahnya. Masjidkan banyak kat kawasan tu. Masjid India ader, Masjid Jamek ader, Masjid Negara ader. Nak jugak sembahyang sembahyang tengah jalan. Hoi brader! Sembahyang pun nak menunjuk-nunjuk ker. Dah dasar orang IQ rendah.

Lepas tu mula la orang Pas dan Bersih buat cerita paslu dalam blog dan akhbar konon si Malaun nie mati semasa perhimpunan. Siapa lah Tok guru dier nie yang ajar jadi pembohong dan putar belit.

Kredit to http://www.papagomo.com/

Bob Pelawak PAS

Syukur alhamdulillah selebriti Raja Lawak Bob Look Man telah menjumpai kedamaian dalam hidupnya dengan menyertai PAS. Sekarang pun dah pegang status Ustaz. Tidak lagi menjadi bahan lawak dan melalaikan orang lain.

Aku pun dah lupa Bob nie pelawak jenis macamana? Setahu aku kalau si Bob nie melawak belum tentu orang ketawa. Kadang-kadang boleh jadi meluat. Ustaz Bob nie dulu masa bersama rakan artis bukan main lagi macam hero lagaknya kejap jadi pelawak kejap jadi pelakon kejap jadi pengacara. Nak cari makan lah katakan. Itu pun banyak kerajaan bantu dari belakang melalui kementerian kesenian dan stesen TV kerajaan serta TV3. Tak boleh dinafikan betul tak.

Tapi bila dah menyertai PAS dan menjadi alim, mula la kata sana tak betul, sini tak betul dan tempiasnya terkena pada rakan artis serta kerajaan. Tak baik Abg Bob. Kan elok jika dapat menasihati dan membimbing rakan artis dengan mendekati mereka.

Rasanya kalau nak jadi alim tak payah masok PAS pun boleh alim dan beramal. Kenapa nak bermusuhan sesama Islam. Adakah dengan menyertai Bersih kita akan menjadi Islam yang sebenar atau cuma untuk menunjuk-nunjuk sehingga boleh menjadi riak. Bukan aper takut nanti meludah ke langit terkena muka sendiri.

Cakap Siang Pandang-Pandang

Isnin, 11 Julai 2011

Anwar petualang Negara

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Menurut beliau, orang seperti Anwar tidak akan puas dan sanggup melakukan apa sahaja selagi nafsu dan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.

Sumber@ Utusan Online

Anugerah Malam Seribu Penipu

Anugerah Pelakon Lelaki Penipu Terbaik 2011 jatuh kepada Si Nuar Kunyit, manakala Pelakon Wanita Penipu Terbaik pula jatuh kepada Ambigau aka Wanita Gila SeMalaya.

Mereka telah dihadiahkan dengan sekalung gas pemedih mata dan sebatan belantan kerana engkar titah Yang dipertuan Agong. Sebagai pemenang mereka juga layak menerima baucher penginapan percuma di Hospital Swasta dan Hospital Mental untuk 3 hari 2 malam dengan makan minum ditanggung. Selain itu mereka ini juga layak menaiki kenderaan mewah Black Maria dengan iringan ketat skuad polis trafik PDRM untuk di hantar ke kem Kemunting.

Segala hadiah ini telah ditaja oleh Madelin Albright dan Hillary Clinton aka Yahudi Celaka.

Tahniah di Ucapkan kepada Nuar dan Ambigau diatas kemenangan tersebut. Kepada Mat Sabut dan Pak Hadik jangan bersedih dan cuba lagi.

Sabtu, 9 Julai 2011

Fasa pertama MRT dilancar.

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 8 Julai – Fasa pertama projek My Rapid Transit (MRT) sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang termasuk laluan bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer dilancarkan secara rasmi hari ini.

Projek yang dijangka siap 2016 itu akan menjadi nadi utama kepada sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur serta di Lembah Klang kerana ia merupakan penyelesaian paling praktikal dalam mengatasi masalah kesesakan.

Pada masa yang sama, dengan 31 stesen termasuk laluan integrasi dengan sistem pengangkutan awam lain, MRT akan menyediakan perkhidmatan tren kepada 1.2 juta penduduk yang tinggal di sepanjang laluannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan projek itu berkata, MRT bakal menjadi pemangkin kepada sasaran 50 peratus penggunaan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Sumber@ Utusan Online

Baguslah Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek Fasa pertama projek My Rapid Transit (MRT) sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang. Setidak-tidaknya ia boleh mengurangkan kesesakan teruk di ibunagara Kuala Lumpur. Yang hairannya perkara ini pun nak dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Bahalul betul.

Sebenarnya rakyat telah menunggu lamer projek MRT nie. Sebab tak tahan dengan kesesakan lalulintas di KL saban hari. Sistem yang sedia ader sekarang akau rasa sesangat lah tidak praktikal kepada pengguna. Kerana ia dibina atas dasar kepentingan politik dan korporat. STAR la, Monorail la. Ader komuter pun punya lah sesak , lepas tu asik rosak aje. Kesian rakyat. Dia orang nie lagi diswastakan lagi tak guna. Perbih boreh ajo.

Kat sini aku nak pesan sikit, jangan lah kome semua beli keretapi buatan China tu... sebab tak berkualiti dan tak boleh dipercayai. Mungkin murah sikit tapi hancur. Buktinya MRT kat Melaka, tersadai dua bulan setelah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka. Memalukan betol. Salah teknikal katanya. Punyalah ramai bijak pandai kat Melaka tu satu orang pun tak boleh baiki keretapi tu. Kalau beli harga murah, murah lah dapat.

Jangan Pisang Berbuah Dua Kali

Perhimpunan haram: Ambiga, Hadi, Mat Sabu, Tian Chua ditahan

Oleh WAN NORHAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR 9 Julai – Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis di KL Sentral di sini hari ini.

Mereka ditahan semasa bersama para penyokong Bersih merempuh benteng polis pukul 2.20 petang.Turut ditahan sebelum itu, Maria Chin, Mohamad Sabu, Tian Chua, R. Sivarasa dan Ngeh Koh Ham. –

Sumber@ Utusan Online

Kalau dah dasar degil dan tak boleh ajar, bodoh tak boleh diikut. Sebelum ini pihak polis telah melarang supaya perhimpunan haram ini tidak teruskan. Yang pakai serban besar nie pun dah macam budak-budak ikut samer telunjuk kafir laknat tu yang terang-terang anti Islam. Tiada pendirian lansung. Macam mana nak jadi pemimpin contoh?

Aku sokong sangat tindakan polis tu menahan kau orang nie, kerana cuba mencabar keamanan negara. Yang menantu kesayangan Pak Lah nie pun satu jugak. Agong dah titahkan jangan terlibat samer dalam perhimpunan haraanm nie tapi degil jugak. Kurang ajar la tuuu....

Yang aku hairan bin ajaib semua penyokong bersih ramai yang kena tangkap kerana berhimpun, tapi ketua dia nie boleh lari masok Hospital. Cedera katanya. Macam-macam helah bedebah nie. Bukan aper akau rasa dia takut nak dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat nie. Pelik juga , sakit aper yer? Adakah ini tanda-tanda sindrom penyakit kelamin yang boleh membawa maut tu? Simpang. he he.

Lucu tetapi benar, pemimpin pembangkang lain sibuk kena tangkap tapi dia boleh lari pulak. Itulah lakonan sebenar si Nuar nie. Kadang-kandang die boleh jadi berani bak singa lapar kadang-kadang bagaikan tikus yang mengecut. Apalah malang nasib Malaysia nie mempunyai orang seperti kau nie. Orang sibuk memperjuangkan nasib dier, tapi dia boleh lari masok Hospital.

Sakit Kepala Tampal Koyok


Selasa, 5 Julai 2011

Demo bantah Kerajaan Pulau Pinang





Demo Bantah Kerajaan Pulau Pinang

Jumaat lepas kira-kira 1500 orang telah membuat tunjuk perasaan untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dianggap menindas orang Melayu dan rakyat Pulau Pinang.

Penunjuk perasaan telah diadakan selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Lebuh Acheh menuju ke KOMTAR dimana terletaknya pejabat KM Guan Eng untuk menyampaikan memorandum. Bagaimana pun pihak polis telah dapat mengawal dan mengarahkan perhimpunan dihentikan dan mengarahkan mereka bersurai. Kecut telor Ikan Guan sekejap.

Apa yang aku nak kata kat sini sebenarnya perhimpunan dan perarakan macam ini banyak buruk dari baiknya. Ini baru 1500 orang, cuba bayangkan kalau ratusan ribu orang yang cuba dihimpunkan oleh Ambigau Bershit tu. Tentunya keadaan akan jadi tidak terkawal dan ditambah lagi dengan batu api dan unsur-unsur subversive.

Selain menyusahkan peniaga dan pihak polis, perhimpunan ini juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan wang negara. Selain itu ia juga boleh mencacatkan imej negara kepada pelancung asing. Senario ini jika tidak dibendung boleh memudaratkan negara Malaysia tercinta.

Sumber@ Utusan Malaysia

Bersih terus berdolak-dalik isu perhimpunan haram

PETALING JAYA 4 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga berdolak-dalik dalam isu perhimpunan haram Sabtu ini walaupun Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Ambiga tidak mahu menyatakan pendirian Bersih secara jelas sama ada perhimpunan haram itu akan diadakan atau sebaliknya walaupun diasak berkali-kali oleh wartawan.

Sebaliknya beliau merancang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk berkomunikasi dan berbincang dengan Seri Paduka berhubung isu pilihan raya.

"Apa jua keputusan kami selepas ini bergantung kepada nasihat yang akan diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu adalah diharapkan kami dapat menemui Seri Paduka sebelum Sabtu ini.

Sumber@ Utusan Online

Ambigau mula nak main silap mata dan tersepit setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan.

Aku ingat kau nie Ambigau lebih baik jadi peguambela Si Nuar pasal kes terlampau tu. Daripada kau berarak tak tentu pasal. Sebab aku rasa Si Nuar tu amat terdesak dan memerlukan kau sebagai pembelit nombor satu.

Kat Bollywood pun banyak nak pakai pelakon gedik macam kau nie , jadi mak tiri kepada Shah Rukh Khan. Sana jugak kau boleh jadi menteri kepada kaum kau sendiri, kalau aku tak boleh sebab kulit aku cokelat dan muka aku lain sikit. Kalau kau boleh sebab samer.

Banyak besar pangkat kau nak jumpa Agong sesuka hati kau. Kau tu siapa? Kenapa selama ini tak nak mengadap Tuanku. Kau sebelum nak jumpa Agong kena cebuk Bersih-bersih dulu, rambut kena sikat rapi jangan macam perempuan giler ajer. Kau jangan nak pakai sari macam kau jumpa Hillary Clinton dulu nanti nampak perut kau yang gelebeh tu. Kalau berani pakai baju kuning kesukaan kau tuuu...aku nak tengok kau berani ke tidak.

Kicik-Kicik Lembu Jaga, Sudah Besar Bank Jaga.

Guan Eng pilih kasih - Gerakan

Oleh LEE HOOI BOON

PULAU PINANG 4 Julai - Gerakan membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengamalkan sikap 'pilih kasih' apabila mengutuk perarakan dan perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Jumaat lalu sedangkan pada masa sama menyokong perhimpunan haram Bersih pada Sabtu ini.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Pulau Pinang, Guan Eng sepatutnya membantah perhimpunan haram Bersih demi menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Perhimpunan yang diadakan di Komtar pada Jumaat lalu adalah bagi membantah pentadbiran Guan Eng.

"Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, dia (Guan Eng) sepatutnya bersikap adil dan tidak berat sebelah. Kalau tidak mampu bersikap sedemikian, lebih baik letak jawatan," katanya.

Sumber @ Utusan Online

The truth colour of Ikan Guan. Aku memang tak hairan dengan cara Ikan Guan nie termasuk dengan bapak dier sebagai mentor, memang tak boleh pakai. Macam pepatah Melayu Ikan Haruan makan anak.

Malaun dua beranak nie kat Melaka dia tak boleh nak kelentong, dia lari plak ke Penang. Aku pun tak faham macamamana orang Penang boleh terima dier sebagai KM.

Aku rasa tunjuk perasaan tempohari terhadap Ikan Guan ini merupakan satu pengajaran terhadap beliau. Baru dia tahu tinggi rendahnya langit tuu. Dier kena ingat Penang tu bukan untuk satu kaum aje. Sebab kita nie semua masyarakat majmuk. Kena ader give and take dan fair play macam FIFA. Jangan terlampau ego dengan satu bangsa kerana ia boleh memudaratkan, seperti yang terjadi di Pulau Pinang tempohari.

Orang DAP kena tahu dan faham sejarah, hendak tak hendak kena terima hakikat yang negara ini merupakan Tanah Melayu. Jadi dengan membelakangkan orang Melayu merupakan satu kesilapan besar.

Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan DiCari

Ahad, 3 Julai 2011

Muslihat burukkan kerajaan: Dr. Mahathir

SEREMBAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata muslihat perhimpunan haram dijadualkan 9 Julai ini bertujuan menggambarkan keburukan kerajaan, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang.

Beliau berkata, semua tuntutan yang dibuat penganjur perhimpunan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak berlaku adil dalam setiap pilihan raya selama ini.

“Tuntutan serta perhimpunan itu sebenarnya bukan untuk ‘membersihkan’ pilihan raya, tapi adalah serangan terhadap kerajaan bagi mempengaruhi rakyat serta memberitahu orang luar bahawa kerajaan tidak telus dan teruk.

“Kalau benar pilihan raya kita teruk, maka pembangkang pasti tidak akan menang banyak kerusi dan juga Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan negeri dan pastinya kita sudah merampas kembali Kelantan lama dulu,” katanya pada Forum Generasi Muda di sini, semalam.

Sumber @ Berita Online 3 Julai 2011

Aku dah naik mual dengar perkataan Bersih, rasa nak termuntah dan terkentot pun ader. Siapa lagi kalau bukan si Nuar nie yang menjadi director di belakang tabir dan Ambiagu sebagai anjing penyalak bukit. Ditambah pulak dengan acar buah dari Mat Sabut dan Ikan Guan bakar Pulau Pinang. Ambigau nie pun dia orang kata berak pun tak cebuk macamana nak bersih, tambah dengan Nuar nie entah-entah belum mandi junub.

Kita semua maklum agenda tersembunyi Nuar nie untuk mengujudkan kacau-bilau dan mengalihkan pehatian rakyat dari memfokus kisah kelampauan nafsu sarakahnya di makhamah. Selain itu parti pembangkang nie juga takut kepada bayang-bayang sendiri dengan mengakui kebangkitan semula BN, yang dilihat mampu merampas semula negeri di bawah pemerintahan pembangkang. Jadi hendak tak hendak mereka terpaksa menyalahkan SPR sebagai kambing hitam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas dan bangang.

Pembangkan nie hanya pandai bercakap aje, itu tak betul ini tak betul. Tapi kalau sakit pergi jugak hospital kerajaan. Kenapa tak pergi klinik swasta. Selama ini pun aper yang parti pembangkang dah buat dekat negeri-negeri yang mereka perintah. Habuk pun tak ader. Menyusahkan rakyat lagi ader le.

Jangan Takut kepada Bayang-bayang Sendiri

Khamis, 30 Jun 2011

Keluarga 'sandwich' hadapi tekanan

Oleh Norakmah Mat Youb

norakmah@bharian.com.my
2011/06/30

Satu daripada empat keluarga di empat negeri berdepan masalah emosi kerana wang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 111,401 atau satu bagi setiap empat keluarga di ibu kota didapati menghadapi tekanan emosi dan mental yang teruk kerana tergolong dalam keluarga 'sandwich' kerana kemampuan kewangan mereka terhad.
Sindrom keluarga ‘sandwich’ adalah istilah digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri disamping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah itu turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.

Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.

Sumber @ Berita Online

Kerajaan dan kementerian yang berkaitan dalam hal ini kenalah turun padang dan tengok perkara ini. Jangan sampai ramai rakyat yang rosak mental dan menghadapi masalah sosial. Rakyat Malaysia bukan sahaja mempunyai beban ekonomi kerana pendapatan bulanan yang rendah tetapi juga di sebabkan kenaikan harga barang keperluan seharian.

Stres di tempat kerja dan stres dirumah. Malah rakayat Malaysia yang berpendapatan rendah didapati tidak mempunyai wang simpanan semasa kecemasan. Sebagai contoh kita boleh lihat perbelanjaan kasar rakyat Malaysia.

Pendapatan (Seorang Kerani Senior)

RM2000 (Isteri Tidak Bekerja)

Perbelanjaan

RM280 (Kereta Produa Viva)
RM350 (Rumah tiga bilik)
Rm200 (Duit dapur bulanan Beras, Susu, Milo, Kicap)
RM300 (Duit Pasar RM10X 30hari)
RM200 (Bayar Bil Air +Letrik+Gas Masak+ telefon)
RM150 (Bayar Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (kawin)
RM120 (Belanja sekolah RM2X 3anakX20 hari)
RM200 (Minyak kenderaan RM50x Seminggu)
RM50 (Isteri main kutu untuk beli baju raya anak-anak)

Jumlah Keseluruhan
RM1850
Baki duit ditangan RM150 (keraian keluarga & sekolah anak)

Kalau perbelanjaan macam diatas yang serba serdehana nie, bukan sahaja rakyat boleh jadi gila, silap-silap boleh jadi hantu. Adakah kesan dari masalah ini menyebabkan kes jenayah meningkat dan kadar orang gila yang berada di jalanraya semakin ramai sehingga boleh menyebabkan kemalangan maut. Tapi yang peliknya gaji CEO yang mencecah sehingga RM100,000 pun kadang-kadang tak cukup juga.

"Makin besar periuk Makin besar keraknya"

'BN serah nasib, Masa Depan kepada Rakyat'

Oleh Suzianah Jiffar dan Poliana Ronnie Sidom

bhnews@bharian.com.my
2011/06/30

Perhimpunan haram tidak hormati resolusi: PM

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, perhimpunan haram dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), adalah sikap tidak menghormati keputusan dibuat rakyat, selain mendorong kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menyerahkan nasib dan masa depannya kepada rakyat, bukan kepada demonstrasi atau usaha yang boleh menggugat keselamatan serta kestabilan negara.

“Apabila tiba masanya, kita akan menyerahkan bulat-bulat kepada rakyat dan bersaing dengan parti pembangkang. Jika kita tidak berpuas hati dengan sesuatu keadaan, ada saluran untuk dibawa ke pihak berkenaan. “Jika tidak puas hati dengan pilihan raya, bawa ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak menghalang mereka berbuat demikian.

“Jika pilihan raya di negara ini tidak bersih dan adil, kenapa BN boleh hilang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum 2008? Justeru, perkara penting adalah keharmonian kaum dan memelihara perhubungan supaya keadaan terus aman dan sentosa bagi mengelak tragedi dalam negara.

Sumber @ Berita Online

Datuk Seri Najib Razak serahkan nasib BN kepada rakyat pada pilihanraya akan datang. Memang betul pun, undi di tangan rakyak. Tapi ianya bukan untuk disalah guna dan mengundi mengikut emosi.

Selama ini pun kerajaan BN telah menjalankan pemerintahan dengan baik, tetapi banyak lagi ruang-ruang yang boleh diperbaiki untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat. Kena dengar keluhan rakyat dari segi ekonomi dan masalah sosial. Jangan terlampau leka dengan Syarikat Korporat yang tentu-tentu dah kaya raya dan menunjuk-nunjukan kemewahan mereka. Selain itu bekas-bekas menteri yang korup dan nyanyuk, jangan lagi disimpan dalam kerajaan sebagai pengarah atau VIP kerana ia menjatuhkan imej BN dengan sendiri

Berbalik kepada parti pembangkang, aku belum nampak lagi sumbangan yang telah dilakukan oleh DAP, PAS dan PKR di negeri pemerintah mereka kini. Kalau di Penang orang Melayu dan India asik kena kelentong dan ditindas oleh DAP. Di Kelantan dan Kedah, PAS terlampau sebuk berceramah politik hingga lupa anak negeri sendiri tiada pekerjaan, lari merantau ke negeri orang. Yang PKR di Selangor pulak macam tikus jatuh atas beras tak tahu macamana nak memerintah sebab tak sangka boleh menang pilihanraya, yang menerima nasib ialah rakyat Selangor sendiri. Macam-macam tak puas hati.

Tetapi kadang-kadang mereka-mereka ini yang menjadi penentang sebenarnya telah banyak termakan budi kerajaan BN selama ini. Tapi masalahnya mereka ini tak tahu berterima kasih macam kacang lupakan kulit. Dapat biasiswa, dapat masuk sekolah asrama penuh dan Universiti kerajaan, boleh belajar luar negara tetapi bila dah senang, sokong pulak pembangkang. Tak patut.

Lagi satu ader jugak kakitangan bawahan dan atasan di dalam kerajaan yang menyokong kepada pembangkang. Pelik tetapi benar, tetapi memang ader. Ini kerajaan kenalah siasat sendiri. Jangan sampai jadi duri dalam daging. Sebenarnya meraka-mereka ini semua kena mendokong segala dasar kerajaan dan bukan menjadi penghasut.

Terlajak Perahu boleh reverse, Terlajak mengundi Padah Binasa.


Selasa, 28 Jun 2011

Presiden Pas bersikap dwi-standard

KUALA LUMPUR 27 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bersikap dwi-standard dalam membicarakan tentang hukum Islam apabila berhadapan dengan isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, dalam isu berkaitan ketua pembangkang itu, Abdul Hadi berpendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar hanya boleh diputuskan melalui hukum Islam.

Bagaimanapun jelasnya, Abdul Hadi bersikap sebaliknya dengan bertindak 'menghalalkan' perhimpunan haram Bersih.

"Saya tidak terkejut apabila Presiden Pas itu mengeluarkan kenyataan bahawa kaedah atau hukum Islam sahaja yang dapat memutuskan isu moral Anwar.

Sumber @Utusan Online

Wah Pak Hadi nie! kalau pasal Si Nuar nie cepat aje dier melenting dan membela Nuar ni. Aperlah dier sayang sangat dengan Nuar nie. Cube citer. Kau nie namer aje pakai serban besau tapi otak kecik.

Biar aku terangkan, Kalau nak hadapkan Nuar ke Makahmah syariah kena ader empat orang saksi, tetapi jika ke Makahmah Persekutuan hanya perlu bawa CD aje sebagai bahan bukti dan lebih dari 100 orang saksi boleh tengok. Lagi pun cerita dalam CD nie sudah disahkan tulen oleh pakar IT dan tiada super imposed. he he.

Aku tahulah Nuar nie ayam laga kau orang, sebab tulah ye ye now nak bela sangat. Lagi satu aku nak tahu apakah hukumnya Karpal Wilcha sebagai orang kafir menentang PAS secara terang-terang dari mengujudkan Negara Islam dan peranan Ambigau dalam kes murtad Lena Joy.

Pandai Tak Boleh Diikut, Bodoh Tak Boleh Diajar


Perhimpunan Bersih tetap diteruskan - Ambiga

KUALA LUMPUR 27 Jun - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 tetap akan diadakan pada 9 Julai ini walaupun Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Ambiga berkata, Bersih tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu di sini meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Menurutnya yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, beliau tidak terkejut dengan laporan polis yang mencecah lebih 1,500 daripada pelbagai pihak yang mahukan polis menghalang Bersih.

"Perhimpunan Bersih akan diteruskan juga kerana kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit kerana ia hanya demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

"Kehadiran dua kumpulan lain iaitu Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mengugat hasrat kami itu dan mereka boleh bersama kami jika mahu," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada polis di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dipanggil polis untuk direkod keterangan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sumber @ Utusan Online

Ambigau telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Itu aku tak hairan sangat. Sebab dah memang dasar haprak macam penjahat dalam cerita Hindustan tak habis-habis nak menyusahkan orang.

Tapi yang menhairankan aku si tua kutuk nak mampus nie pun ader. Terkejut beruk aku. Dia nie penyokong siapa sebenaranya. Dah nyanyuk agaknya orang tua nie. Dah tua buat lah cara tua, tak usah lah nak jadi penghasut sana sini dengan muka yang kusut masai tuu.

Selama ini orang hormat kat awak sebagai Sasterawan Negara. Tapi tingkahlaku yang tak bermoral ini akan menjadi beliau sebaliknya. Baliklah pergi masjid beramal banyak-banyak dari membuat perkara yang tak berfaedah. Sebab zaman awak dah berlalu. Adakah orang macam awak nie jenis yang pandai bercakap tapi tak tahu berfikir macam peguam bahalul tu.

Yang Muda diSayangi, Yang Tua diHormati.

Isnin, 27 Jun 2011

Usaha hidupkan komunis

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN - muin.sapidin@utusan.com.my

KEPALA BATAS 26 Jun – Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

Sumber@ Utusan Online

Melampau dan Terlampau. Apabila pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj dilihat cuba menghidupkan kembali fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan. Aku rasa perkara ini sangat berat dan tidak boleh dibiarkan mencabar kedaulatan negara.

Mereka-mereka ini selayaknya dilucutkan kerakyatan sebagai rakyat Malaysia. Selepas ini apakah tindakan Datuk Hishamuddin untuk melayan kerenah penyangak-penyagak ini. Jangan dibiarkan cacing naik ke mata.

Apakah motif sebenarnya perhimpunan Kotor ini. Kenapa PAS dan PKR tak bersuara tentang isu fahaman komunis ini, kenapa membisu seribu bahasa. Baiklah kau orang semua balik kepangkal jalan, sebelum sesat dan hilang haluan. Boleh ker fahaman komunis dan Islam nie bergabung? Mat Sabut ini bukan bahan lawak yang boleh dengan hanya tersengeh aje, kerana ia melibatkan keamanan dan kedaulatan negara.

Jangan Bermain Api Kelak Membakar diri





Ahad, 26 Jun 2011

Ini agenda politik Anwar

PERHIMPUNAN haram yang dirancang pada 9 Julai depan di Kuala Lumpur mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Walaupun penganjur perhimpunan haram itu mendakwa untuk mendesak pilihan raya diadakan secara telus dan adil, tetapi agenda tersembunyi ialah untuk tujuan politik pembangkang. Mereka memperalatkan penyokong sekaligus menjejaskan keselamatan orang ramai.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yakin tujuan perhimpunan haram itu mempunyai agenda untuk kepentingan politik individu tertentu kalangan pembangkang.

Mohamad Ezam yang pernah merancang dan mengetuai perhimpunan haram selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri mendedahkan, semua itu diwujudkan untuk kepentingan Anwar. Beliau yakin perhimpunan haram itu untuk menimbulkan kekacauan sekaligus menggulingkan kerajaan kerana pembangkang tidak akan menang menerusi pilihan raya.

Beliau juga mendedahkan pernah mengetuai perhimpunan haram kononnya Anwar diracun ketika ditahan di penjara dan beliau ketika itu yakin Anwar dizalimi dan berjuang demi Anwar.

“Motif perhimpunan kali ini bukan untuk mencari keadilan tetapi untuk menimbulkan kacau bilau supaya mereka dapat mengambil kesempatan,” demikian tegas Mohamad Ezam ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID Jumaat lalu.

Sumber@ Utusan Online

Aku ingat bukan Ezam sahaja yang terpedaya dengan muslihat dan putar belit si Nuar nie semasa dia dipecat dari jawatan timb. perdana menteri pada tahun 1998 dulu, malah ramai lagi rakyat termasuk aku dan Zulkipli Nordin yang tertipu dan merasa simpati kepadanya.

Ketika itu ramai yang mengatakan Mahathir tidak betul lah, gila kuasa lah kerana memecat Si Nuar nie. Hinggakan bekas Ketua Polis Negara Datuk Rahim ketika itu juga terbabit tak pasal-pasal. Tapi sekarang terang lagi bersuluh. Segala rahsia dan watak jahat Si Nuar nie terbongkar satu demi satu, yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat. Rakyat kini perlu sedar dan boleh menilai dengan betul.

Sekarang nie kita lihat ramai rakan-rakan seperjuangan Si Nuar nie angkat kaki sebab tidak dapat menerima gelagat Si Nuar nie termasuk Sdr. Ezam dan YB Zulkifli Nordin. Alhamdullilah mereka-mereka ini dibukakan hati untuk meninggalkan perjuangan Si Nuar yang tak bermatlamat.

Kalau Sesat Pulang lah Ke Pangkal Jalan.


Bawa baju-T komunis

Oleh Isma Ismail dan Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

KEPALA BATAS: Baju-T memaparkan imej tokoh komunis dan gerila Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che dan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng dan Rashid Maidin antara barangan dirampas daripada sekumpulan 31 lelaki dan wanita yang ditahan dalam sebuah bas dekat Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, kelmarin.

Bas dinaiki kumpulan dari Sungai Petani, Kedah dipercayai dalam perjalanan untuk menghasut orang ramai membenci kerajaan sambil membawa sejumlah baju-T itu termasuk risalah Parti Sosialis Malaysia (PSM), pembesar suara dan kain rentang.

Kumpulan berkenaan membabitkan 17 lelaki dan 14 wanita berusia antara 16 hingga 64 tahun diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.

Polis yang mendapat maklumat mengenai kumpulan terbabit menahan bas dinaiki mereka di Plaza Tol Sungai Dua kira-kira jam 12 tengah hari serta merampas barangan yang diletakkan di ruang bagasi.

Sumber@ Metro Online

Aper ker gila dengan pembangkang nie? Hari tu kata SPR tak betul la, pilihanraya tak bersih la. Ini dah pakai baju idola komunis apae hal pulak. Dah buang tebiat agaknya, nak mampus.

Chin Peng dan Rashid Maidin tu bukan pejuang bangsa sebaliknya adalah musuh negara yang ingin menegakkan negara komunis di Tanah Melayu dahulu. Tak baca sejarah betul haprak nie dan tak sepatutnya la jika orang Islam terlibat perhimpunan ini.

Apakah niat pembangkang nie sebenarnya? Adakah ingin menghuru-harakan negara. Kalau itulah hasrat dier orang. Ini memang dah melampau dan tak boleh dibiarkan. Kalau rasa duduk kat Malaysia nie tak best bolehlah pergi migerate negeri lain.

ISA itu untuk mereka-mereka yang Melampau.


Musim Road Block Melanda

Mula minggu lepas pihak polis dah mula melancarkan operasi sekatan jalanraya bagi menghalang perhimpunan KOTOR ini dari membuat roadshow ke merata negeri untuk meraih simpati rakyat supaya menyertai perhimpunan haram jadah mereka.

Tindakan pihak polis ini telah mengakibatkan kesesakan jalanraya di setiap tempat dan daerah. Minggu ini sahaja aku terkena tiga sekatan polis, mula kat Skudai, kemudian kat Chaah dan kat kawasan Tangkak. Aku tak salahkan pihak polis, sebab mereka cuma menjalankan tugas mereka mengawal keamanan negara. Yang patut disalahkan ialah penganjur perhimpunan Kotor ini yang di ketuai oleh Ambigau dan dibayangi oleh Anwar Tungau nie.

Mereka bukan sahaja menyusahkan pihak polis malah menyusahkan rakyat semua. Sepatutnya mereka-mereka ini dah dicampakaan ke dalam tahanan ISA kerana menganggu gugat keamanan negara. Bilalah dier orang nak tarik gelaran Datok mereka-mereka yang biadap nie.

Aku nak serulah kepada rakyat Malaysia semua. Tak usah lah sibuk nak menyertai perhimpunan Kotor nie. Kerana ia boleh mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Tak payah lah kita nak memperjuangankan nasib si Anwar yang tak Bersih tu dan menyokong Ambiagau yang kurang ajar kepada orang Melayu. Sedarlah, jangan jadi kuda tunggangan dan diperalatkan oleh bangsa lain.

Selama ini pun kita hidup aman dan bersatupadu dalam masyarakat berbilang bangsa. Sikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Anak kita boleh pergi sekolah untuk belajar, kita boleh bersembahyang dan beramal secara aman tanpa rasa takut, pergi rawatan hospital cuma perlu bayar yang minima. Boleh kerja cari makan, tukar kerja sana tukar kerja sini. Apa lagi kita hendak. Sendiri Mau Ingat.

Jangan Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

Sabtu, 25 Jun 2011

Tahan gaji guru sertai perhimpunan

Oleh Mohamed Farid Noh - 2011/06/25

Guru terbabit perarakan haram boleh dikenakan hukuman gantung kerja

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Kuching serta Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang menyertai perhimpunan haram itu juga berdepan implikasi lebih berat yang tertakluk pada tindakan polis.
“Saya harap tidak ada guru yang akan menyertainya. Kita yakin guru negara ini sudah cukup matang dan tidak akan terbabit dalam perhimpunan sebegini apatah lagi mereka tahu implikasinya. Bagaimanapun sekiranya ada juga masih berdegil, kita terpaksa ambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas, menahan gaji atau sebagainya.

“Tindakan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Pelajaran yang akan meneliti setiap kes terlebih dulu... mereka juga berdepan tindakan polis,” katanya selepas majlis penyampaian cek bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil Parlimen Batu Pahat, di sini, semalam.

Kumpulan pengacau berkenaan sebelum ini dilaporkan berkeras mahu meneruskan perhimpunan haram terbabit di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu walaupun dinasihat membatalkan hasrat berkenaan oleh pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan.

Sementara itu, Mohd Puad turut mencadangkan perhimpunan haram itu dipindahkan ke Jambatan Pulau Pinang berikutan ia disokong penuh kerajaan negeri berkenaan.

“Saya cabar Datuk Ambiga Sreenevasan memindahkan perhimpunan haram ini ke Jambatan Pulau Pinang dan minta kerajaan negeri itu memberikan kebenaran. Biar kita tengok rakyat negeri itu susah atau tidak, ganggu pelabur asing atau tidak. Ini bermotif politik, sebab itulah ia mahu diadakan di ibu kota untuk eksploitasi semangat rakyat.

“Mengapa tidak diadakan di negeri dikuasai pembangkang mereka tahu ia akan menyusahkan rakyat di situ dan (menyusahkan) mereka sendiri. Ia bukti perhimpunan itu hanya bermotif politik serta tidak ikhlas,” katanya.

Sumber @ Berita Online

Aku harap guru-guru yang dikasehi semua tidak terbabit dengan perhimpunan HARAM ini . Kelak perbuatan yang tak bermoral ini akan menyusahkan diri sendiri. Jangan salahkan sesiapa.

Guru-guru kena faham dengan tugas-tugas mereka sebagai pendidik kepada anak bangsa serta menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat. Jadi bila guru-guru terlibat dengan aktiviti pembangkang atau memburukkan kerajaan macam tak kena la kan rasanya. Macam kuli lawan tokeh la gamaknya.

Kerajaan pun dan macam-macam bagi peransang kepada guru-guru, Lepas satu-satu tapi masih lagi asik tak puas hati, gatal kepala aku dibuatnya.
Kalau aku jadi Muhyiddin dan Hishamuddin, aku pun boleh pening. Aper lagi tak kena dangan guru-guru nie. Lagi pun bukan guru-guru saje yang kerja kat Malaysia nie, Kerajaan juga perlu melihat kebajikan penjawat awam, polis dan tentera serta masalah ekonomi negara.

Kalau rasanya kerje guru tu tak best atau glamer elok la berhenti saje dari menjadi duri dalam daging kepada kerajaan.


Ikut Rasmi Padi Semakin Berisi Semakin Tunduk.

‘Hindar budaya mazmumah’ - Agong

Oleh Amin Ridzuan Ishak

2011/06/25

Seri Paduka bimbang krisis perpecahan umat Islam kian ketara

BALIK PULAU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, melahirkan kerisauan mengenai umat Islam kini yang sedang menghadapi krisis perpecahan yang begitu ketara serta membimbangkan.

Baginda bertitah, keadaan seumpama itu tidak wajar dibiarkan berterusan dan usaha untuk mengembalikan semula perpaduan sesama Islam perlu dipertingkatkan supaya tiada pihak lain berpeluang menangguk di air keruh serta menghancurkan kekuatan umat Islam.
“Beta menyeru kepada semua umat Islam untuk hidup bersatu di bawah satu akidah dan agama, tidak mengutamakan kepentingan diri atau kelompok sendiri, sentiasa berfikiran
terbuka dan bertolak ansur antara satu sama lain.

“Hindarilah perbuatan yang boleh mencetuskan perpecahan dan mengamalkan budaya mazmumah,” titah baginda ketika merasmikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor yang siap sepenuhnya pada 31 Disember 2010 dibina dengan kos RM41 juta peruntukan Kerajaan Pusat yang disalurkan menerusi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Seri Paduka juga mahu supaya pertelagahan sesama umat Islam yang berlaku di negara Islam lain yang menyebabkan rakyat menderita dan negara tidak stabil kerana berada dalam pertelingkahan panjang dijadikan sebagai pengajaran.

“Kita patut mengambil pengajaran supaya perkara sama dapat dibendung daripada berlaku di negara ini,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga menyarankan supaya institusi mulia di sisi Islam seperti institusi pendidikan dan masjid terus dipulihara dan diperkukuhkan sebagai suatu pangkalan dakwah dan tempat untuk membina perpaduan bagi membangunkan negara serta menghadapi cabaran semasa yang melanda umat Islam.

Seri Paduka turut memuji semangat kerjasama Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), ibu bapa dan pelajar dalam membina Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami.

“Semangat kerjasama dan toleransi sebeginilah yang mesti diamalkan dalam usaha memajukan umat Islam,” katanya.

Sumber @ Berita Online

Tuu dier, PAS, PKR & UMNO kena lihat semula apakah punca membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia. Teguran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu dilihat sebagai titik mula penyatuaan semula umat Islam dengan membelakangkan kepentingan diri dan idelogi politik.

UMNO, PAS & PKR kena maklum akan muslihat anasir-anasir jahat dan pengintip luar seperti Zingapura yang merupakan jelmaan Yahudi menjadi penghasut dan batu api untuk melihat Malaysia lemah dan tidak aman. Ditambah lagi dengan bangsa-bangsa kurang ajar dan yang tidak pernah berterima kasih kepada negara.

Mereka-mereka ini hanya mahu melihat tampok pimpinan negara tidak lagi diterajui oleh orang Melayu seperti yang telah terjadi kepada Zingapura. Kalaulah perkara ini terjadi kepada orang Mealayu anda semua lah patut disalahkan kerana tidak menerima nasihat Tuanku Mizan. Ampun Tuanku.


Patik Menjunjung Perintah Tuanku

Khamis, 23 Jun 2011

Datuk Trio didakwa esok


KUALA LUMPUR 22 Jun – Trio Datuk T dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat ini berhubung dakwaan membabitkan penayangan video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang.

Trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu antara lainnya adalah bagi kesalahan menunjukkan secara awam sebarang perkara yang lucah dalam pemilikan mereka. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun Utusan difahamkan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Sumber @ Utusan Online

Esok Datuk Trio dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret. Kita tengok dan biarkan mahkamah menentukan nasib mereka kerana membuat tayang amal secara percuma tanpa memanggil aku samer.

Lepas nie Datuk Trio bolehlah buat cerita Hantu pulak, sebab sekarang nie musim filem cerita hantu. Nanti boleh suruh Nuar jadi orang minyak pakai sepender aje, macam cerita P. Ramlee. Rahim pulak kasi peranan hero utama sebagai Tok Imam. Pasti laku filem nie, silap-silap boleh jadi Box Office kalah cerita KL Gengster yang tengah meletup tu kat pawagam. Lepas tu boleh jual pada orang semua orang.

Seburuk buruk manusia ialah Kawan makan Kawan.

ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO

KUALA LUMPUR 22 Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.

"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sumber @ Utusan Online

Aku ingat orang Melayu kena bukak mata luas-luas tentang masalah Adun DAP Serawak tempohari. Mereka ini telah dianggap biadap kerana tidak mengenakan pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri. Sedangkan dalam masa yang sama ada klaus-klaus yang membenarkan mereka memakai pakaian biasa. Jadi tak usahlah nak salahkan siapa? Kenalah betulkan balik peraturan majlis perasmian Sidang DUN tu. Lagipun dah memang dasar lembu-lembu nie kurang ajar & biadap serta tak mengenang budi.

Itu aku tak hairan sangat, yang aku hairan macam mana PAS boleh tuduh UMNO pulak tak betul. Sedangkan DAP tu kawan PAS. Pergilah tegur DAP tu sendiri, dakwahkan dier orang tu sikit semuga terang hati mereka untuk masuk Islam.

Aku sedih tengok orang Melayu bercakaran, bangsa lain naik muka.

Sultan Johor Murka Johor Masih Kotor dan Sentiasa Kotor.

Ahli Majlis diingatkan jangan tidor
BATU PAHAT 21 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tahap kebersihan di negeri ini yang amat memalukan sepanjang pemerhatian baginda semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011 yang berakhir hari ini.

Baginda menegur Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang mendapat kontrak memungut sampah yang disifatkan tidak melakukan tugas dengan sempurna dalam memastikan kebersihan.

"Tiap-tiap daerah ada 24 ahli majlis yang mana kerajaan bayar RM500 elaun tiap-tiap bulan, tetapi kira-kira 93 peratus tidur.

"Tak ada langsung beri pandangan, beri idea-idea bagaimana hendak bersihkan daerah. kepada ahli majlis yang tidur itu moleklah berundur," titah baginda pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini, hari ini.

Sumber@ Utusan Online
Sultan Johor dah murka. Sebenarnya aku suka Tuanku nie murka. Baru lah dier orang nie kat Majlis Perbandaran tu nak buat kerja & terasa panas bontot. Kalau tak tu buat bodoh aje. Tahu asik nak pungut cukai aje.

Aku ingat aku pun dah banyak kali buat aduan kat Majlis Perbandaran dan Menteri Besar nie pasal sampah-sarap kat kawasan aku nie.
Sebab sebagai pembayar cukai aku pun ada hak nak bersuara. Tapi macam menyalak bukit aje.

Sekarang Sultan dah tegur Johor kotor, siapa yang malu?. Bukan aper, kat sini banyak pelancung dari Singapura dan pelajar asing dari Iran, Turki, Somalia dan Mesir . Jadi sedikit sebanyak kekotoran ini menjatuhkan imej negara.

Ampun Tuanku, Kalau Tuanku Sultan buat 'kembara mahkota' tiap-tiap bulan pun bagus jugak. Tentu-tentu Johor nie akan bersih. Tak payah panggil perhimpunan BERSIH untuk tolong kutip sampah kat Johor.

Ader Ahli Majlis pun tak boleh membantu sebaliknya membisu. Yang Southern Waste pun satu
macam tak cukup peralatan dan tenaga kerja aje. Lembik dan lesu. Lori pun dah nak terbarai. Sebab tak ader persaing dalam perniagaan, boleh buat aper sahaja. Politik Betul.

Aper pulak peranan Yang dipetua Majlis Perbandaran @ Pegawai Daerah (DO) boleh tengok aje ker. Macam maner negara nak capai Wawasan 2020 kalau sikap masih di takuk lama. Yang aku tahu kawasan Majlis aje yang cantik.

Contohilah Singapura, Sampah itu boleh mendatangkan Hasil.