Ahad, 26 Jun 2011

Musim Road Block Melanda

Mula minggu lepas pihak polis dah mula melancarkan operasi sekatan jalanraya bagi menghalang perhimpunan KOTOR ini dari membuat roadshow ke merata negeri untuk meraih simpati rakyat supaya menyertai perhimpunan haram jadah mereka.

Tindakan pihak polis ini telah mengakibatkan kesesakan jalanraya di setiap tempat dan daerah. Minggu ini sahaja aku terkena tiga sekatan polis, mula kat Skudai, kemudian kat Chaah dan kat kawasan Tangkak. Aku tak salahkan pihak polis, sebab mereka cuma menjalankan tugas mereka mengawal keamanan negara. Yang patut disalahkan ialah penganjur perhimpunan Kotor ini yang di ketuai oleh Ambigau dan dibayangi oleh Anwar Tungau nie.

Mereka bukan sahaja menyusahkan pihak polis malah menyusahkan rakyat semua. Sepatutnya mereka-mereka ini dah dicampakaan ke dalam tahanan ISA kerana menganggu gugat keamanan negara. Bilalah dier orang nak tarik gelaran Datok mereka-mereka yang biadap nie.

Aku nak serulah kepada rakyat Malaysia semua. Tak usah lah sibuk nak menyertai perhimpunan Kotor nie. Kerana ia boleh mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Tak payah lah kita nak memperjuangankan nasib si Anwar yang tak Bersih tu dan menyokong Ambiagau yang kurang ajar kepada orang Melayu. Sedarlah, jangan jadi kuda tunggangan dan diperalatkan oleh bangsa lain.

Selama ini pun kita hidup aman dan bersatupadu dalam masyarakat berbilang bangsa. Sikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Anak kita boleh pergi sekolah untuk belajar, kita boleh bersembahyang dan beramal secara aman tanpa rasa takut, pergi rawatan hospital cuma perlu bayar yang minima. Boleh kerja cari makan, tukar kerja sana tukar kerja sini. Apa lagi kita hendak. Sendiri Mau Ingat.

Jangan Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

1 ulasan:

Mujaitun Tukiman berkata...

Sangat membantu dan bermanfaat, coba kalian lihat juga nih Perbedaan Pemilu 2014 dan 2019