Ahad, 12 Jun 2011

Anwar punca kemelut politik Negara

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

PASIR MAS 11 Jun - Tiga Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin tampil buat pertama kali di atas satu pentas untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan kemelut politik yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas itu diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pohon Rawa dan Chetok di sini bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut mendapat maklumat tepat dan benar daripada ketiga-tiga penceramah yang pernah bekerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketiga-tiga mereka bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar, berpunca daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Sumber @ Mingguan Online 12 June 2011

Aku ingat isu ini semua orang tahu. 'Anwar Factors'. Orang pandai cakap nie memang boleh buat orang percaya. Bukan betul pun banyak temberang aje. Cakap tak serupa bikin. Orang PKR pun bengap tak boleh nak berfikir. Politik anak beranak nie.

Dulu masa dalam UMNO dier perlekehkan PAS. Bila die di luar pulak dia cakap UMNO yang tak betul. PAS dengan DAP pun tumpang gembiralah ader ayam tambatan nie dan juara sorak. Chet podah.

Kalau Anwarlah kita lihat perjuangan politik dier nie terlalu sempit dan menyempitkan. Bersongkol dan pemutar belit. Seboleh-boleh nak jadi PM jugak, walaupun orang dah tak suka. Aper yang dier perjuangkan untuk orang Melayu. Aku tak nampak pun. Lagi dier nak jual aderlah. Tengok aje lah lepas satu demi satu pendedahan dibuat oleh rakan-rakan Anwar sendiri.

Janganlah Termakan Bisikan-bisikan Palsu nie.

1 ulasan:

Aziah berkata...

BETUL! Gara-gara kempunan nak jadi PM, habis satu negara jadi huru hara. Masa dlm kabinet, dia kutuk DAP dan PAS tapi bila kena tendang, dia boleh berjilat sama sendiri. Kata-kata hikmat Kapal Singh (Over my dead body kalau Malaysia nak jadi negara ISlam) pun dan boleh terima. Pengikutnya pun satu, ikut membabi bita...Terjunlah korang dgn labu-labunya...Biarkan...biarkan...