Isnin, 6 Jun 2011

Anwar Gagal Kali ke-3 Singkir Hakim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam gagal dalam percubaan ketiganya bagi mendapatkan perintah supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat yang sedang dihadapinya.

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas memutuskan permohonan Anwar yang turut mahukan supaya perbicaraan berkenaan didengar semula oleh hakim mahkamah tinggi lain, tidak mempunyai merit.

Bagaimanapun Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pemimpin pembangkang itu untuk menangguhkan perbicaraan kes sementara pihak pembelaan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Beliau kemudian menetapkan sebutan kes pada 13 Julai ini.

Anwar sudah tiga kali membuat permohonan kali pertama, selepas mahkamah tidak mengeluarkan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa Anwar bersikap prejudis.

Sumber @ Berita Online 7 June 2011

Hai besau betul pangkat dier nak tukar-tukar hakim sesuka hati. Yang tu tak kena, yang nie tak kena. Aper dia ingat macam tukar kereta ker, tak suka tukar. Siapa sebenarnya yang dituduh? Hakim ker dier. Lograt betul la mamat nie.

Aper nak takut kalau tak buat salah. Letak saper-saper pun kalau di pihak yang benar Allah akan tolong. Yang pasti kita sendiri tahu kita buat salah ker tidak.

Anjing Menyalak Bukit le Gamaknya

1 ulasan:

Aziah berkata...

Aku dah muak la citer An War ni. Tak habis2 nak layan dia dgn citer lawak bodoh yang tak berapa nak menjadi ni. Sudah-sudah le tu. Dah tak lalu nak dengar mcm-mcm citer. Satu Malaysia jadi haru biru layan si An War dengan kuncu-kuncunya yang entahkan ia entahkan tidor. Yg dulu bantai An War, skrg dah berjilat-jilat baiknya. Geli geleman. Itula org politik. Yg mendengar ni pun turut terplait dosa.
Lebih baik layan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah.....