Isnin, 27 Jun 2011

Usaha hidupkan komunis

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN - muin.sapidin@utusan.com.my

KEPALA BATAS 26 Jun – Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

Sumber@ Utusan Online

Melampau dan Terlampau. Apabila pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj dilihat cuba menghidupkan kembali fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan. Aku rasa perkara ini sangat berat dan tidak boleh dibiarkan mencabar kedaulatan negara.

Mereka-mereka ini selayaknya dilucutkan kerakyatan sebagai rakyat Malaysia. Selepas ini apakah tindakan Datuk Hishamuddin untuk melayan kerenah penyangak-penyagak ini. Jangan dibiarkan cacing naik ke mata.

Apakah motif sebenarnya perhimpunan Kotor ini. Kenapa PAS dan PKR tak bersuara tentang isu fahaman komunis ini, kenapa membisu seribu bahasa. Baiklah kau orang semua balik kepangkal jalan, sebelum sesat dan hilang haluan. Boleh ker fahaman komunis dan Islam nie bergabung? Mat Sabut ini bukan bahan lawak yang boleh dengan hanya tersengeh aje, kerana ia melibatkan keamanan dan kedaulatan negara.

Jangan Bermain Api Kelak Membakar diri





Tiada ulasan: