Selasa, 31 Mei 2011

Siapakah Bakal Menjawat Timbalan Presiden PAS?

SELEPAS Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan menang tanpa bertanding pada pemilihan parti kali ini, tumpuan kini diberikan kepada pertarungan sengit bagi jawatan Timbalan dan Naib Presiden pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.

Persoalannya siapakah calon yang bakal memenangi kerusi Timbalan Presiden pada Muktamar PAS ke-57 kali ini?

Jika dilihat dari jumlah pencalonan sudah pasti ramai yang melihat Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mat Sabu’ berpeluang cerah merampas kerusi Timbalan Presiden daripada Nasharuddin pada pemilihan kali ini.

Difahamkan setakat ini, Mat Sabu telah menerima hampir 70 pencalonan daripada 152 PAS kawasan berbanding Nasharuddin memperoleh 40 pencalonan sementara Tuan Ibrahim mendapat 39 pencalonan.

Sumber @ mStar Online

Jangan Politik Tarif Baru Elektrik


Oleh S Anand Kumar dan Lum Chee Hong
2011/05/31

Percuma bil kurang RM20 sebulan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan.

Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini. “Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif.Pada masa sama, semakan baru tarif elektrik tidak harus dijadikan alasan oleh segelintir pihak untuk menaikkan harga barangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata pihaknya akan turun padang untuk menemui rakyat bagi memberi penjelasan berhubung semakan baru tarif elektrik.

“Sudah tentu pembangkang akan mempolitikkan perkara ini. Kita akan bertemu rakyat dan memberitahu mereka faktor di sebalik kenaikan tarif elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan, berkata pemasangan lampu hiasan untuk projek landskap harus dikaji semula dalam usaha menerapkan sikap menjimatkan elektrik.
“Sekarang kita dapat melihat di sekitar bandar, lampu hiasan terlalu banyak dan kadangkala beroperasi sehingga awal lewat pagi,” katanya.

Sumber @ Berita Harian Online- 31 Mei 2011

Aper Bapak Menteri nie tak paham ker, rata-rata rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai, bil, yuran pelajaran anak, bayar rumah, bayar kereta dan belanja dapur. Belum masuk hutang kad kredit dan hutang pinjaman peribadi. Berapa la sangat gaji rakyat, simpanan untuk hari tua pun tak ader.

Bukan semua rakyat kerja jadi COE dengan gaji mencecah RM40 ribu keatas. Mungkin kome tak merasa bahang kenaikan harga barang harian. Lagi boleh hantar anak belajar luar negara. Makan tak habis. Silap hari bulan tambah bini lagi.

Ini ditambah lagi dengan kadar takrif baru letrik. Macammana nak jimat tenaga letrik dengan cuaca negara kita yang panas nie siang malam kena pasang kipas. Ini belum lagi naik tol la, naik tarif air la. Suda-suda la menyusahkan rakyat.

Siapa Tutup Kipas Nie, Berpeluh ketiak Aku

Isnin, 30 Mei 2011

Kenapa Perlu Emosi

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memuji penyokong parti politik yang bertanding dan orang ramai kerana menunjukkan tahap disiplin tinggi sepanjang proses penamaan calon pada pilihan raya kecil.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata keadaan tenteram itu menyebabkan proses penamaan calon berjalan lancar tanpa gangguan atau insiden tidak diingini. Katanya, kelancaran proses penamaan calon yang berlangsung jelas memperlihatkan kematangan semua parti politik dalam merencana proses demokrasi yang berlaku di negara ini.

Sebenarnya kita sebagai orang Islam patut menjadi contoh kepada kaum-kaum lain, berbaik-baik dan bermuafakat antara satu sama lain. Jangan disebabkan berlainan pendapat dan ideologi kita bermusuhan sesama sendiri dan tidak menegur sapa. Jangan sampaikan kita ditertawakan.

Biarlah kita beradap dan meghormati antara satu sama lain tanpa perlu menunjukan sikap emosi yang melampau semasa pilihanraya kelak.

Air Dicincang Tak Akan Putus

Semakan Daftar Pemilih

Semakkan ini bertujuan menyemak status anda sebagai pemilih dan kawasan pembuangan undi anda didaftarkan. Sebarang kesilapan akan merugikan anda. Jika terdapat sebarang keraguan atau kesilapan teknikal sila hubungi pihak SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA yang terdekat.

Anda boleh membuat semakan daftar pemilih anda di url dibawah dengan memasukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda:-

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Janganlah Malas Dijadikan Alasan

Ahad, 29 Mei 2011

Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih?

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Jika belum kenapa perlu berlengah lagi. Jangan abaikan hak anda sebagai pemilih. Kealpaan anda bukan sahaja merugikan diri anda malah merugikan negara.

Anda adalah penentu masa depan negara. Dengan mengundi anda dapat memastikan kemenangan parti pemerintah yang berwibawa.

Jangan Sampai Menang Sorak Negara Tergadai

Sabtu, 28 Mei 2011

Menjelang PRU 13