Ahad, 26 Jun 2011

Bawa baju-T komunis

Oleh Isma Ismail dan Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

KEPALA BATAS: Baju-T memaparkan imej tokoh komunis dan gerila Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che dan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng dan Rashid Maidin antara barangan dirampas daripada sekumpulan 31 lelaki dan wanita yang ditahan dalam sebuah bas dekat Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, kelmarin.

Bas dinaiki kumpulan dari Sungai Petani, Kedah dipercayai dalam perjalanan untuk menghasut orang ramai membenci kerajaan sambil membawa sejumlah baju-T itu termasuk risalah Parti Sosialis Malaysia (PSM), pembesar suara dan kain rentang.

Kumpulan berkenaan membabitkan 17 lelaki dan 14 wanita berusia antara 16 hingga 64 tahun diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.

Polis yang mendapat maklumat mengenai kumpulan terbabit menahan bas dinaiki mereka di Plaza Tol Sungai Dua kira-kira jam 12 tengah hari serta merampas barangan yang diletakkan di ruang bagasi.

Sumber@ Metro Online

Aper ker gila dengan pembangkang nie? Hari tu kata SPR tak betul la, pilihanraya tak bersih la. Ini dah pakai baju idola komunis apae hal pulak. Dah buang tebiat agaknya, nak mampus.

Chin Peng dan Rashid Maidin tu bukan pejuang bangsa sebaliknya adalah musuh negara yang ingin menegakkan negara komunis di Tanah Melayu dahulu. Tak baca sejarah betul haprak nie dan tak sepatutnya la jika orang Islam terlibat perhimpunan ini.

Apakah niat pembangkang nie sebenarnya? Adakah ingin menghuru-harakan negara. Kalau itulah hasrat dier orang. Ini memang dah melampau dan tak boleh dibiarkan. Kalau rasa duduk kat Malaysia nie tak best bolehlah pergi migerate negeri lain.

ISA itu untuk mereka-mereka yang Melampau.


Tiada ulasan: