Ahad, 26 Jun 2011

Ini agenda politik Anwar

PERHIMPUNAN haram yang dirancang pada 9 Julai depan di Kuala Lumpur mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Walaupun penganjur perhimpunan haram itu mendakwa untuk mendesak pilihan raya diadakan secara telus dan adil, tetapi agenda tersembunyi ialah untuk tujuan politik pembangkang. Mereka memperalatkan penyokong sekaligus menjejaskan keselamatan orang ramai.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yakin tujuan perhimpunan haram itu mempunyai agenda untuk kepentingan politik individu tertentu kalangan pembangkang.

Mohamad Ezam yang pernah merancang dan mengetuai perhimpunan haram selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri mendedahkan, semua itu diwujudkan untuk kepentingan Anwar. Beliau yakin perhimpunan haram itu untuk menimbulkan kekacauan sekaligus menggulingkan kerajaan kerana pembangkang tidak akan menang menerusi pilihan raya.

Beliau juga mendedahkan pernah mengetuai perhimpunan haram kononnya Anwar diracun ketika ditahan di penjara dan beliau ketika itu yakin Anwar dizalimi dan berjuang demi Anwar.

“Motif perhimpunan kali ini bukan untuk mencari keadilan tetapi untuk menimbulkan kacau bilau supaya mereka dapat mengambil kesempatan,” demikian tegas Mohamad Ezam ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID Jumaat lalu.

Sumber@ Utusan Online

Aku ingat bukan Ezam sahaja yang terpedaya dengan muslihat dan putar belit si Nuar nie semasa dia dipecat dari jawatan timb. perdana menteri pada tahun 1998 dulu, malah ramai lagi rakyat termasuk aku dan Zulkipli Nordin yang tertipu dan merasa simpati kepadanya.

Ketika itu ramai yang mengatakan Mahathir tidak betul lah, gila kuasa lah kerana memecat Si Nuar nie. Hinggakan bekas Ketua Polis Negara Datuk Rahim ketika itu juga terbabit tak pasal-pasal. Tapi sekarang terang lagi bersuluh. Segala rahsia dan watak jahat Si Nuar nie terbongkar satu demi satu, yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat. Rakyat kini perlu sedar dan boleh menilai dengan betul.

Sekarang nie kita lihat ramai rakan-rakan seperjuangan Si Nuar nie angkat kaki sebab tidak dapat menerima gelagat Si Nuar nie termasuk Sdr. Ezam dan YB Zulkifli Nordin. Alhamdullilah mereka-mereka ini dibukakan hati untuk meninggalkan perjuangan Si Nuar yang tak bermatlamat.

Kalau Sesat Pulang lah Ke Pangkal Jalan.


Tiada ulasan: