Isnin, 20 Jun 2011

Penganjur pengaruhi penduduk kampung

Oleh Hardi Effendi Yaacob

bhnews@bharian.com.my
2011/06/20

Pembangkang dipercayai biaya kos perhimpunan BERSIH

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 dikesan cuba mempengaruhi penduduk kampung di beberapa negeri, termasuk Melaka, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan untuk menyertai perhimpunan haram itu yang dijadual berlangsung di ibu negara, 9 Julai ini.

Difahamkan, kegiatan itu didalangi parti pembangkang yang bersedia menanggung kos berkaitan, termasuk pengangkutan, penginapan dan makan minum penduduk kampung terbabit sebagai helah meraih sokongan terhadap penganjuran perhimpunan itu walaupun diberi amaran keras oleh polis supaya tidak meneruskan acara berkenaan.

Ia didedahkan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom sambil menyatakan tindakan pihak terbabit jelas menunjukkan mereka semakin terdesak dan cuba meraih sokongan orang ramai selepas polis mengeluarkan amaran keras supaya perhimpunan itu tidak diteruskan atas sebab-sebab keselamatan.

“Kami memperoleh maklumat ada kumpulan tertentu, dipercayai parti pembangkang cuba mempengaruhi penduduk kampung dan kawasan terpencil di empat negeri berkenaan menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Sumber @ Berita Online 20 June 2011

Penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) ini memang degil serta suka mecari masalah dan cuba menganggu gugat keamanan negara. Esok bila dah kena ISA atau masuk lokap . Timbul pulak kata kerajaan tak betul lah, itu lah , ini lah.

Orang dah kasi buat kat stadium , tak mahu pulak. Nak buat jugak kat jalanraya, memang dasar samseng jalanan. Dah bagus la tu Ambigau dengan Anwanted, hantukkan kepala dua-dua nie. Nama aje peguam, lansung tak ader moral. Kau ingat ini negara bapak kau, nak buat sesuka hati. Buta Sejarah betul. Bila la diaorang nak tarik balik kau punya Datukship nie.

Dasar Melepaskan Anjing Tersepit.

Tiada ulasan: