Rabu, 8 Jun 2011

Yang Dipertua PBT sepenuh masa

Oleh Azida Shaharuddin dan Amad Bhari Mardi

Kerajaan harap khidmat pihak berkuasa tempatan cepat, cekap serta berkesan

JOHOR BAHRU: Mulai awal bulan ini, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Johor diketuai Yang Dipertua (YDP) masing-masing secara sepenuh masa.

Lima jawatan YDP yang baru diisi membabitkan Majlis Daerah Segamat (MDS), Majlis Daerah Mersing (MDM), Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) dan Majlis Daerah Pontian (MDP).

Berikutan lantikan baru terbabit, kini hanya Majlis Daerah Labis (MDL) belum mempunyai YDP sepenuh masa kerana menunggu kelulusan perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sumber @ Berita Harian 8 June 2011

Aper Sepenuh Masa? Terkejut beruk aku membaca artikel ini. Yang tak sepenuh masa pun mereka buat kerja cincai boncai, ini bagi pulak sepenuh masa. Mengabehkan boreh ajo. Aku rasa ramai rakyat meluat dengan cara kerja Pihak BerKuasa Tempatan nie. Tahu nak cukai aje. Kebersihan kawasan tidak dijaga , jalanraya tidak berkualiti dan berlubang. Kemarahan rakyat selalunya dibayar pada harga yang sangat tinggi pada hari mengundi untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka dan ini telah berlaku pada PRU12 yang lepas.

Selalunya Bapak Menteri bercakap tentang akar umbi dalam mesyuarat parti. Kalau nak tahu di sinilah terletaknya akar umbi dimana kerajaan tempatan yang sentiasa berdepan dengan rakyat. Kena lah turun padang tengok pihak berkuasa setempat nie buat kerja atau tidak dan jangan dikaburi dengan kisah-kisah indah sahaja. Aku harap YDP yang baru dilantik nie akan berkerja untuk rakyat. Selalu turun padang dan melihat kawasan. Jangan la hanya mengindahkan kawasan pejabat Majlis sahaja. Meluat Aku.

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Name

Tiada ulasan: