Isnin, 6 Jun 2011

‘BN bukan kambing hitam isu video seks’

Oleh Syuhada Choo Abdullah, Hardi Effendi Yaacob dan Norakmah Mat Youb

MUHYIDDIN  disambut meriah ketika membuat lawatan di sekitar Masjid India, semalam.

MUHYIDDIN disambut meriah ketika membuat
lawatan
di sekitar Masjid India, semalam.

Guna cara terbaik atasi kes, bukan elak kebenaran seperti PAS: TPM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukan kambing hitam isu video seks yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak terbabit dalam penyebaran rakaman video seperti didakwa pembangkang.

Sebaliknya BN ialah ‘kambing putih’ iaitu parti yang jelas, telus dan sentiasa mengambil pendekatan serta tindakan terbaik dalam menangani kes berkenaan dengan memastikan polis melakukan siasatan secara teliti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya berkata PAS sudah lari daripada landasan Islam kerana tidak mahu mencari kebenaran mengenai isu itu, sebaliknya meluluskan usul mengutuk BN pada muktamar parti itu semalam kerana didakwa membenarkan penayangan video lucah di televisyen dan media cetak.

Sumber @ Berita Online 6 June 2011

Ini yang aku pelik! kalau BN kambing putih, siapa pulak kambing hitam nie? Jawapannya ialah
orang yang dituduh melakukan sex di luar tabie dan berzina dengan China Doll. Inilah kambing hitam yang sebenarnya. Embekk...

Hairan mengapa PAS masih lagi menyanjung ' Malaysian idol' ini. Adakah PAS
takut populariti mereka selama ini yang berselidung di sebalik idola ini tercalar atau terhakis. Kenapa PAS takut sangat untuk mengutuk Malaysian idol ini sebaliknya mengutuk tindakan BN dalam muktamar tempohari.

Tepuk Dada Tanya Selera

Tiada ulasan: