Ahad, 12 Jun 2011

Amaran keras Perkasa, batalkan perhimpunan Bersih

PASIR MAS 11 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan konsensus Ahli Parlimen Bebas merayu penganjur perhimpunan Bersih membatalkan hasrat untuk berhimpun pada 9 Julai ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada masa yang sama, mereka memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.

"Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.

Sumber @ Mingguan Online 12 June 2011

Dah mula dah! Nak buat perkara tak senonoh macam nie. Perhimpunan nie bersih ker kotor ker sama aje pasti akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada negara. Perhimpunan macam nie tak lebih macam nak menarik perhatian rakyat. Politik murahan betul.

Jika dibenarkan perhimpunan ini akan menimbulkan kemarahan kepada pihak lain dan cabar mencabar. Yang akan menerima kesannya ialah peniaga dan pelancung asing. Kita nie rakyat yang bertamadun dan berpelajaran. Janganlah mempertaruhkan keamanan negara untuk kepentingan diri. Baik la pergi tolong rakyat yang miskin dan ibu tunggal tuu , lebih berfaedah.

Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bersih apa...???bersih kepala hotak dia...!!!Mat Syabu tu bersih ke???Anwar tu bersih ke???Sibuk nak bersihkan orang diri sendiri kotor jijik....bangang ..bodoh khak tuiih...