Jumaat, 17 Jun 2011

Pemuda UMNO turut berhimpun


Khairy Jamaluddin bersama Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin menunjukkan risalah Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional yang bakal diadakan nanti selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/MOHD NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 16 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengumumkan akan turut mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan membaik pulih sistem demokrasi di negara ini.

Menegaskan ia bukan berniat untuk ‘beradu kekuatan’ dengan perhimpunan dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di samping itu katanya, perhimpunan itu bagi menyatakan beberapa perkara yang dianggap perlu diperbaiki seperti pemindahan pengundi oleh pembangkang.

Alamak apa nak jadi nie! Pemuda UMNO nie pulak nak berhimpun. Pening la kepala Dato' Seri Hishamuddin dan Ketua Polis negara nak melayan mereka nie semua. Aku rasa eloklah Pemuda UMNO jangan la menyebuk masa tu. Bukan aper takut perkara tak diingini berlaku sebab cabar-mencabar. Berilah peluang kepada Polis menangaini masalah dan lembu-lembu nie.

Perhimpunan Bersih kemenda. Otak penganjur pun tak bersih betul, nie nak membersihkan pulak orang lain. Tentu-tentunya peniaga jugak yang rugi akibat tindakan bodoh mereka ini.

Baik lah kita berhimpun ramai-ramai pergi bantu rakyat Palastine dari kekejaman Yahudi.

Tiada ulasan: