Ahad, 19 Jun 2011

Bersih akan batal perhimpunan, jika PM jamin PRU adil

19/06/2011 9:53pm

SHAH ALAM 19 Jun – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diminta membatalkan rancangan perhimpunan haram pada 9 Julai ini jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pilihan raya umum (PRU) akan dijalankan secara bersih dan adil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup meminta pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu ”esok juga” jika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan tersebut.

"Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran,” kata Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada konvensyen pilihan raya parti itu, di sini, hari ini.

Katanya, beliau kesal dengan sikap pihak tertentu yang menuduh beliau merancang perhimpunan itu.

Bersih merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil, termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas serta adil. – Bernama

Sumber @ Utusan Online 19 Jun 2011

Fuyoo terror betul Anwar nie, dier boleh arahkan Datuk Ambigau nie supaya batalkan niat untuk perhimpunan Bersih nie, jika Datuk Najib pastikan PRU13 adil. Persoalannya siapa pulak yang suruh Ambigau buat perhimpunan nie? Pecah Rahsia...

Hari tu kata SPR yang tak bersih, kenapa hari nie pulak minta Datuk Najib janji supaya pilihanraya akan berlaku adil dan bersih. Mengapa tak menyalak aje kat SPR. Confused aku. Dah dasar kaki penipu dan putar belit.

Kalau yer pun Datuk Ambigau tu yang nak menganjurkan perhimpunan bersih sebab tak puas hati, kenapa penyokong PAS dan PKR pulak yang beriye-iye nak berhimpun. Ambigau tu ketua mereka ker?

Kalau lah kata Malaysia nie tak Adil, ker tak aman ker boleh lah kemas baju pergi migrate negeri lain. India ker China ker Amerika ker yang kau orang rasa lebih bagus dari Malaysia nie. Dari menjadi duri dalam daging kat sini.

Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.


Tiada ulasan: