Khamis, 23 Jun 2011

ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO

KUALA LUMPUR 22 Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.

"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sumber @ Utusan Online

Aku ingat orang Melayu kena bukak mata luas-luas tentang masalah Adun DAP Serawak tempohari. Mereka ini telah dianggap biadap kerana tidak mengenakan pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri. Sedangkan dalam masa yang sama ada klaus-klaus yang membenarkan mereka memakai pakaian biasa. Jadi tak usahlah nak salahkan siapa? Kenalah betulkan balik peraturan majlis perasmian Sidang DUN tu. Lagipun dah memang dasar lembu-lembu nie kurang ajar & biadap serta tak mengenang budi.

Itu aku tak hairan sangat, yang aku hairan macam mana PAS boleh tuduh UMNO pulak tak betul. Sedangkan DAP tu kawan PAS. Pergilah tegur DAP tu sendiri, dakwahkan dier orang tu sikit semuga terang hati mereka untuk masuk Islam.

Aku sedih tengok orang Melayu bercakaran, bangsa lain naik muka.

Tiada ulasan: