Khamis, 9 Jun 2011

Dasar Baru PAS Cetus Krisis

Ahli akar umbi boleh keliru dengan konsep negara kebajikan

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS untuk mengubah dasar perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan boleh mencetuskan krisis kefahaman dikalangan ahlinya terutama yang tidak jelas dengan konsep sebenar serta hala tuju parti berkenaan.

Ahli PAS pada peringkat akar umbi bimbang perubahan hala tuju drastik itu akan membawa kepada kekeliruan terhadap konsep perjuangan PAS memandangkan parti itu selama ini sudah sinonim dengan perjuangan negara Islam.

Sumber @ Berita Online 9 Jun 2011

Tak payah kan orang PAS keliru, aku sendiri pun keliru dengan konsep baru PAS nie. Dulu kata nak jadikan Malaysia sebagai negara Islam . Nie dah negara kebajikan la pulak. Aper dah tak sanggup ker nak langkah mayat si Karpal Wilcha tu. Tentu penyokong DAP dan PKR tersengeh dengan konsep baru PAS nie sebab banyak menyebelahi mereka.

Langkah PAS ini mungkin cuba mengalihkan perhatian rakyat Kelantan yang serba daif dan kekurangan. Konsep 'Negara Kebajikan' ini dilihat sebagai menyetujui konsep yang telah diguna pakai oleh BN. Kita didunia nie akhirat pun nak dunia pun kena.

"Sekali air bah, sekali pantai berubah"

Tiada ulasan: