Khamis, 23 Jun 2011

Sultan Johor Murka Johor Masih Kotor dan Sentiasa Kotor.

Ahli Majlis diingatkan jangan tidor
BATU PAHAT 21 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tahap kebersihan di negeri ini yang amat memalukan sepanjang pemerhatian baginda semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011 yang berakhir hari ini.

Baginda menegur Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang mendapat kontrak memungut sampah yang disifatkan tidak melakukan tugas dengan sempurna dalam memastikan kebersihan.

"Tiap-tiap daerah ada 24 ahli majlis yang mana kerajaan bayar RM500 elaun tiap-tiap bulan, tetapi kira-kira 93 peratus tidur.

"Tak ada langsung beri pandangan, beri idea-idea bagaimana hendak bersihkan daerah. kepada ahli majlis yang tidur itu moleklah berundur," titah baginda pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini, hari ini.

Sumber@ Utusan Online
Sultan Johor dah murka. Sebenarnya aku suka Tuanku nie murka. Baru lah dier orang nie kat Majlis Perbandaran tu nak buat kerja & terasa panas bontot. Kalau tak tu buat bodoh aje. Tahu asik nak pungut cukai aje.

Aku ingat aku pun dah banyak kali buat aduan kat Majlis Perbandaran dan Menteri Besar nie pasal sampah-sarap kat kawasan aku nie.
Sebab sebagai pembayar cukai aku pun ada hak nak bersuara. Tapi macam menyalak bukit aje.

Sekarang Sultan dah tegur Johor kotor, siapa yang malu?. Bukan aper, kat sini banyak pelancung dari Singapura dan pelajar asing dari Iran, Turki, Somalia dan Mesir . Jadi sedikit sebanyak kekotoran ini menjatuhkan imej negara.

Ampun Tuanku, Kalau Tuanku Sultan buat 'kembara mahkota' tiap-tiap bulan pun bagus jugak. Tentu-tentu Johor nie akan bersih. Tak payah panggil perhimpunan BERSIH untuk tolong kutip sampah kat Johor.

Ader Ahli Majlis pun tak boleh membantu sebaliknya membisu. Yang Southern Waste pun satu
macam tak cukup peralatan dan tenaga kerja aje. Lembik dan lesu. Lori pun dah nak terbarai. Sebab tak ader persaing dalam perniagaan, boleh buat aper sahaja. Politik Betul.

Aper pulak peranan Yang dipetua Majlis Perbandaran @ Pegawai Daerah (DO) boleh tengok aje ker. Macam maner negara nak capai Wawasan 2020 kalau sikap masih di takuk lama. Yang aku tahu kawasan Majlis aje yang cantik.

Contohilah Singapura, Sampah itu boleh mendatangkan Hasil.

Tiada ulasan: