Isnin, 20 Jun 2011

Lim Kok Wing Tawar Biasiswa Pelajar Afrika

DATUK Seri Najib Razak semalam mengumumkan pemberian biasiswa oleh Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing bernilai RM12 juta kepada negara Afrika yang menyertai Dialog Antarabangsa Langkawai (LID 2011).

Perdana Menteri berkata, pemberian biasiswa itu untuk pelajar mengikuti program Ijazah Teknologi Pintar dan Kreativiti di universiti berkenaan yang mempunyai kampus di negara Afrika seperti Bostwana, Lesotho dan Swaziland.“Pemberian itu merangkumi 45 biasiswa penuh serta 450 separa biasiswa dengan pengurangan 30 peratus yuran tuisyen selain lima hari latihan dan program kepemimpinan transformasi bagi 150 kakitangan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pemberian biasiswa adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diperlukan dalam era globalisasi. "Tiada negara yang maju tanpa ilmu pengetahuan kerana ia adalah aspek penting dalam pembangunan negara terutamanya dalam era globalisasi," katanya.

Sumber @ Berita Online 20 Jun 2011

Wah banyak betul duit Lim Kok Wing sampai RM12 juta! Baiklah wang sebanyak tu sedekahkan kepada anak-anak tempatan yang amat memerlukan biasiswa untuk pengajian mereka di sini. Lagipun untuk melanjutkan pengajian ke Lim Kok Wing kat sini pun bukan semuanya mampu terutama anak-anak Melayu kita. Kos yuran pengajian untuk diploma sahaja boleh mencecah sampai RM25,ooo belum lagi masuk kos sara diri.

Kenapa kita nak menunjuk-nunjuk kepada negara lain yang kita mempunyai kemampuan kewangan untuk menaja pelajar asing. Sedangkan ekonomi negara kita pun kadang-kadang merundum dan apakah pulangan yang kita dapat untuk jangka panjang.

Jangan Kera di Hutan Di susukan, Anak di Rumah Mati Kelaparan



Tiada ulasan: