Khamis, 23 Jun 2011

Datuk Trio didakwa esok


KUALA LUMPUR 22 Jun – Trio Datuk T dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat ini berhubung dakwaan membabitkan penayangan video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang.

Trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu antara lainnya adalah bagi kesalahan menunjukkan secara awam sebarang perkara yang lucah dalam pemilikan mereka. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun Utusan difahamkan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Sumber @ Utusan Online

Esok Datuk Trio dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret. Kita tengok dan biarkan mahkamah menentukan nasib mereka kerana membuat tayang amal secara percuma tanpa memanggil aku samer.

Lepas nie Datuk Trio bolehlah buat cerita Hantu pulak, sebab sekarang nie musim filem cerita hantu. Nanti boleh suruh Nuar jadi orang minyak pakai sepender aje, macam cerita P. Ramlee. Rahim pulak kasi peranan hero utama sebagai Tok Imam. Pasti laku filem nie, silap-silap boleh jadi Box Office kalah cerita KL Gengster yang tengah meletup tu kat pawagam. Lepas tu boleh jual pada orang semua orang.

Seburuk buruk manusia ialah Kawan makan Kawan.

Tiada ulasan: