Rabu, 8 Jun 2011

Mat Sabu Senjata Lawan UMNO: Hadi

Oleh Anwar Hussin

anwarhussin@bharian.com.my

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menganggap Mohamad Sabu yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, Sabtu lalu, adalah senjata utama parti itu untuk menyerang UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.

Berikutan itu, beliau memberi amaran kepada UMNO supaya tidak memperlekehkan kemenangan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Wakil Muktamar menganggap Mat Sabu adalah senjata PAS untuk menyerang UMNO. Walau apapun tanggapan UMNO terhadap Mat Sabu, kita menganggap berlainan,” katanya selepas mengunjungi Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10, di sini semalam.

Sumber @ Berita Harian Online 8 June 2011

Kenapa PAS jadikan Mat Sabu bahan Lawak Antarabangsa. Mat Sabu nie senapang ker manuasia? Sampai si Hadi nie nak buat senjata PAS nak lawan UMNO. Kau orang nie tak boleh ker hidup aman damai. Ini tak asik la nak bercakaran aje sesama Melayu Islam. Dia kata orang tu, orang nie kata orang tuu. Tak habis-habis.

Eloklah jaga negeri masing-masing dan naikkan taraf ekonomi anak bangsa dan bantu rakyat yang menderita. Kita bukan nak ahkirat saja dunia pun kena juga. Kalau tak siapa nak bagi anak bini kita makan minum. Sebenarnya musuh kita tuu orang kafir yang jelas dan nyata. Tak habis -habis mempersoalkan hak pribumi kita dan mencabar serta memperlekehkan hukum agama kita.

Kalau MeLudah ke Langit Kena Muka Sendiri

Tiada ulasan: