
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menjelaskan, mereka sanggup mengetepikan agama dan perjuangan asal parti semata-mata mahu memegang kuasa.
Katanya, sokongan Pas terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencerminkan wajah sebenar para pemimpin parti itu.
"Tuhan bagi akal fikiran, gunakanlah. Jangan sampai jual agama, jual perjuangan semata-mata mahu pegang kuasa.
"Jangan jadi macam kelkatu. Kelkatu tahu cahaya boleh membunuhnya tetapi serangga ini tetap menuju ke arah cahaya meskipun sudah nampak kawan-kawannya yang lain jatuh.
Sumber @ Utusan Online 19 Jun 2011
Betul kata Datuk Zulkifli Nordin jangan jadi 'politik kelkatu'. Iaitu sokong membawa rebah. Kenyataan beliau ditujukan terutama kepada pucuk pimpinan PAS yang telah dipengaruhi oleh 'Anwar Faktor'. Sehingga sanggup menjual agama dan perjuangan PAS yang selama ini dipertahankan oleh pimpinan terdahulu. Kalot betul.
Kalakatu ni tuan puan bukan sahaja menuju ke arah cahaya yang tiada bermatlamat malah kalau dia hidup pun akan merosakkan segala dihadapannya.
Basmi la Anai-anai sebelum ia menjadi Kalakatu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan