Khamis, 9 Jun 2011

Warga Asing Bertempur di Nilai

WARGA Vietnam merempuh tali halangan polis untuk
balik ke asrama mereka di Taman Semarak, malam kelmarin.

Parang jadi teman tidur
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Penghuni dekat asrama pekerja asing bimbang keselamatan

BANDAR BARU NILAI: Segelintir penduduk di Taman Semarak, yang terletak kira-kira 50 meter dari asrama pekerja asing sebuah kilang tekstil di sini, terpaksa tidur bertemankan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun jarang kumpulan pekerja Vietnam, Bangladesh dan Nepal seramai lebih 3,700 orang yang mendiami kawasan asrama itu mengganggu penduduk setempat, tetapi itu tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya.
Selain itu, ramai penduduk masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku sebelum ini yang menyaksikan kawasan perumahan itu berubah menjadi medan pergaduhan menakutkan.

Sumber @ Berita Online 9 June 2011

Warga asing nie kat Malaysia nie semua dah naik lemak dan melampau. Tak tahu nak ikut adat dan peraturan negara kita. Aku rasa pergaduhan ini bukan kali pertama berlaku dan terakhir, mungkin banyak series lagi macam drama Nur Kasih lepas tu boleh buat movie. Lepas tu jual kat dier orang dan eksport kepada negara warga terbabit, pasti meletop.

Kes ini patut menjadi iktibar kepada kerajaan terutama kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishamuddin. Jangan buat tak nampak masalah kebanjiran warga asing nie di Malaysia, kerana rakyak hidup dalam ketakutan dan rasa tercabar.

Bilalah kerajaan nak berhenti bergantung kepada warga asing nie. Setiap hari berduyun-duyun sampai kat KLIA. Ini kerja Menteri mana pulak asik nak import warga asing aje macam tak ader idea lain, ader udang di sebalik mee kot?

Negara kita nie lagi sembilan tahun akan capai status negara maju pada 2020. Bila lagi kerajaaan nak mewajibkan pengggunaan teknologi robotik untuk kilang-kilang di Malaysia. Supaya kebergantungan kepada alien ini dapat dikurangkan dan masalah pergaduhan macam nie tak berlaku lagi.

Kecik Menjadi Kawan, Besar Menjadi Lawan.

Tiada ulasan: