Sabtu, 25 Jun 2011

‘Hindar budaya mazmumah’ - Agong

Oleh Amin Ridzuan Ishak

2011/06/25

Seri Paduka bimbang krisis perpecahan umat Islam kian ketara

BALIK PULAU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, melahirkan kerisauan mengenai umat Islam kini yang sedang menghadapi krisis perpecahan yang begitu ketara serta membimbangkan.

Baginda bertitah, keadaan seumpama itu tidak wajar dibiarkan berterusan dan usaha untuk mengembalikan semula perpaduan sesama Islam perlu dipertingkatkan supaya tiada pihak lain berpeluang menangguk di air keruh serta menghancurkan kekuatan umat Islam.
“Beta menyeru kepada semua umat Islam untuk hidup bersatu di bawah satu akidah dan agama, tidak mengutamakan kepentingan diri atau kelompok sendiri, sentiasa berfikiran
terbuka dan bertolak ansur antara satu sama lain.

“Hindarilah perbuatan yang boleh mencetuskan perpecahan dan mengamalkan budaya mazmumah,” titah baginda ketika merasmikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor yang siap sepenuhnya pada 31 Disember 2010 dibina dengan kos RM41 juta peruntukan Kerajaan Pusat yang disalurkan menerusi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Seri Paduka juga mahu supaya pertelagahan sesama umat Islam yang berlaku di negara Islam lain yang menyebabkan rakyat menderita dan negara tidak stabil kerana berada dalam pertelingkahan panjang dijadikan sebagai pengajaran.

“Kita patut mengambil pengajaran supaya perkara sama dapat dibendung daripada berlaku di negara ini,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga menyarankan supaya institusi mulia di sisi Islam seperti institusi pendidikan dan masjid terus dipulihara dan diperkukuhkan sebagai suatu pangkalan dakwah dan tempat untuk membina perpaduan bagi membangunkan negara serta menghadapi cabaran semasa yang melanda umat Islam.

Seri Paduka turut memuji semangat kerjasama Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), ibu bapa dan pelajar dalam membina Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami.

“Semangat kerjasama dan toleransi sebeginilah yang mesti diamalkan dalam usaha memajukan umat Islam,” katanya.

Sumber @ Berita Online

Tuu dier, PAS, PKR & UMNO kena lihat semula apakah punca membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia. Teguran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu dilihat sebagai titik mula penyatuaan semula umat Islam dengan membelakangkan kepentingan diri dan idelogi politik.

UMNO, PAS & PKR kena maklum akan muslihat anasir-anasir jahat dan pengintip luar seperti Zingapura yang merupakan jelmaan Yahudi menjadi penghasut dan batu api untuk melihat Malaysia lemah dan tidak aman. Ditambah lagi dengan bangsa-bangsa kurang ajar dan yang tidak pernah berterima kasih kepada negara.

Mereka-mereka ini hanya mahu melihat tampok pimpinan negara tidak lagi diterajui oleh orang Melayu seperti yang telah terjadi kepada Zingapura. Kalaulah perkara ini terjadi kepada orang Mealayu anda semua lah patut disalahkan kerana tidak menerima nasihat Tuanku Mizan. Ampun Tuanku.


Patik Menjunjung Perintah Tuanku

Tiada ulasan: