Selasa, 28 Jun 2011

Perhimpunan Bersih tetap diteruskan - Ambiga

KUALA LUMPUR 27 Jun - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 tetap akan diadakan pada 9 Julai ini walaupun Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Ambiga berkata, Bersih tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu di sini meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Menurutnya yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, beliau tidak terkejut dengan laporan polis yang mencecah lebih 1,500 daripada pelbagai pihak yang mahukan polis menghalang Bersih.

"Perhimpunan Bersih akan diteruskan juga kerana kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit kerana ia hanya demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

"Kehadiran dua kumpulan lain iaitu Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mengugat hasrat kami itu dan mereka boleh bersama kami jika mahu," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada polis di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dipanggil polis untuk direkod keterangan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sumber @ Utusan Online

Ambigau telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Itu aku tak hairan sangat. Sebab dah memang dasar haprak macam penjahat dalam cerita Hindustan tak habis-habis nak menyusahkan orang.

Tapi yang menhairankan aku si tua kutuk nak mampus nie pun ader. Terkejut beruk aku. Dia nie penyokong siapa sebenaranya. Dah nyanyuk agaknya orang tua nie. Dah tua buat lah cara tua, tak usah lah nak jadi penghasut sana sini dengan muka yang kusut masai tuu.

Selama ini orang hormat kat awak sebagai Sasterawan Negara. Tapi tingkahlaku yang tak bermoral ini akan menjadi beliau sebaliknya. Baliklah pergi masjid beramal banyak-banyak dari membuat perkara yang tak berfaedah. Sebab zaman awak dah berlalu. Adakah orang macam awak nie jenis yang pandai bercakap tapi tak tahu berfikir macam peguam bahalul tu.

Yang Muda diSayangi, Yang Tua diHormati.

Tiada ulasan: