Sabtu, 9 Julai 2011

Fasa pertama MRT dilancar.

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 8 Julai – Fasa pertama projek My Rapid Transit (MRT) sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang termasuk laluan bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer dilancarkan secara rasmi hari ini.

Projek yang dijangka siap 2016 itu akan menjadi nadi utama kepada sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur serta di Lembah Klang kerana ia merupakan penyelesaian paling praktikal dalam mengatasi masalah kesesakan.

Pada masa yang sama, dengan 31 stesen termasuk laluan integrasi dengan sistem pengangkutan awam lain, MRT akan menyediakan perkhidmatan tren kepada 1.2 juta penduduk yang tinggal di sepanjang laluannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan projek itu berkata, MRT bakal menjadi pemangkin kepada sasaran 50 peratus penggunaan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Sumber@ Utusan Online

Baguslah Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek Fasa pertama projek My Rapid Transit (MRT) sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang. Setidak-tidaknya ia boleh mengurangkan kesesakan teruk di ibunagara Kuala Lumpur. Yang hairannya perkara ini pun nak dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Bahalul betul.

Sebenarnya rakyat telah menunggu lamer projek MRT nie. Sebab tak tahan dengan kesesakan lalulintas di KL saban hari. Sistem yang sedia ader sekarang akau rasa sesangat lah tidak praktikal kepada pengguna. Kerana ia dibina atas dasar kepentingan politik dan korporat. STAR la, Monorail la. Ader komuter pun punya lah sesak , lepas tu asik rosak aje. Kesian rakyat. Dia orang nie lagi diswastakan lagi tak guna. Perbih boreh ajo.

Kat sini aku nak pesan sikit, jangan lah kome semua beli keretapi buatan China tu... sebab tak berkualiti dan tak boleh dipercayai. Mungkin murah sikit tapi hancur. Buktinya MRT kat Melaka, tersadai dua bulan setelah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka. Memalukan betol. Salah teknikal katanya. Punyalah ramai bijak pandai kat Melaka tu satu orang pun tak boleh baiki keretapi tu. Kalau beli harga murah, murah lah dapat.

Jangan Pisang Berbuah Dua Kali

Tiada ulasan: