Rabu, 13 Julai 2011

'ADUN DAP tak layak berhujah guna hadis'

Oleh Khairul Azran Hussin

khaiazr@bhrian.com.my
2011/07/13

Mohamad Satim kecewa diarah keluar sidang

SHAH ALAM: Ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam, kesal kerana menerima hukuman itu hanya kerana mahu bertanya kepada ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim yang cuba mempersendakan Islam.

Katanya, beliau hanya mahu meminta penjelasan kerana kecewa dengan Suee Lim yang sering menggunakan hadis dalam sidang DUN, tetapi tidak dibenarkan serta diarah keluar dan serta dilarang memasuki sidang sehingga tamat persidangan oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim. Chang Khim ketika membuat keputusan itu, berkata beliau terpaksa mengarahkan Mohamad Satim keluar dewan kerana menghalang Suee Lim meneruskan perbahasan walaupun diperintahkan duduk.

Mengulas lanjut, Mohamad Satim berkata, Suee Lim tidak layak bercakap mengenai hadis kerana beliau bukan orang Islam selain tidak memahami maksud hadis Rasulullah SAW itu sendiri. “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis,” katanya.

Mohamad Satim berkata, bukan Islam sepatutnya lebih menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak menyalahgunakan hadis dan al-Quran bagi kepentingan politik.

Sumber @ Berita Online

Sejak bila pulak orang kafir gunakan hadis nabi untuk menghalalkan pendapat mereka. Kenapa Ustaz Suee tak gunakan hadis-hadis untuk perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak orang kafir. Contohnya Jangan makan babi, jangan minum arak dan tak boleh menjadi iman dan pemimpin kepada orang Islam.

Inilah hasilnya yang orang Islam di Selangor dapat dari kebodohan sendiri. Menang bersabung tapi negara tergadai.Mana perginya suara-suara lantang pemimpin PAS dan PKR. Jangan jadi dayus, hanya kerana ingin memerintan negeri Selangor.

DAP bagai serkam dalam api yang boleh memusnahkan Islam dalam senyap.

Tiada ulasan: