Selasa, 12 Julai 2011

Bob Pelawak PAS

Syukur alhamdulillah selebriti Raja Lawak Bob Look Man telah menjumpai kedamaian dalam hidupnya dengan menyertai PAS. Sekarang pun dah pegang status Ustaz. Tidak lagi menjadi bahan lawak dan melalaikan orang lain.

Aku pun dah lupa Bob nie pelawak jenis macamana? Setahu aku kalau si Bob nie melawak belum tentu orang ketawa. Kadang-kadang boleh jadi meluat. Ustaz Bob nie dulu masa bersama rakan artis bukan main lagi macam hero lagaknya kejap jadi pelawak kejap jadi pelakon kejap jadi pengacara. Nak cari makan lah katakan. Itu pun banyak kerajaan bantu dari belakang melalui kementerian kesenian dan stesen TV kerajaan serta TV3. Tak boleh dinafikan betul tak.

Tapi bila dah menyertai PAS dan menjadi alim, mula la kata sana tak betul, sini tak betul dan tempiasnya terkena pada rakan artis serta kerajaan. Tak baik Abg Bob. Kan elok jika dapat menasihati dan membimbing rakan artis dengan mendekati mereka.

Rasanya kalau nak jadi alim tak payah masok PAS pun boleh alim dan beramal. Kenapa nak bermusuhan sesama Islam. Adakah dengan menyertai Bersih kita akan menjadi Islam yang sebenar atau cuma untuk menunjuk-nunjuk sehingga boleh menjadi riak. Bukan aper takut nanti meludah ke langit terkena muka sendiri.

Cakap Siang Pandang-Pandang

Tiada ulasan: