Selasa, 5 Julai 2011

Demo bantah Kerajaan Pulau Pinang





Demo Bantah Kerajaan Pulau Pinang

Jumaat lepas kira-kira 1500 orang telah membuat tunjuk perasaan untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dianggap menindas orang Melayu dan rakyat Pulau Pinang.

Penunjuk perasaan telah diadakan selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Lebuh Acheh menuju ke KOMTAR dimana terletaknya pejabat KM Guan Eng untuk menyampaikan memorandum. Bagaimana pun pihak polis telah dapat mengawal dan mengarahkan perhimpunan dihentikan dan mengarahkan mereka bersurai. Kecut telor Ikan Guan sekejap.

Apa yang aku nak kata kat sini sebenarnya perhimpunan dan perarakan macam ini banyak buruk dari baiknya. Ini baru 1500 orang, cuba bayangkan kalau ratusan ribu orang yang cuba dihimpunkan oleh Ambigau Bershit tu. Tentunya keadaan akan jadi tidak terkawal dan ditambah lagi dengan batu api dan unsur-unsur subversive.

Selain menyusahkan peniaga dan pihak polis, perhimpunan ini juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan wang negara. Selain itu ia juga boleh mencacatkan imej negara kepada pelancung asing. Senario ini jika tidak dibendung boleh memudaratkan negara Malaysia tercinta.

Sumber@ Utusan Malaysia

Tiada ulasan: