Selasa, 5 Julai 2011

Guan Eng pilih kasih - Gerakan

Oleh LEE HOOI BOON

PULAU PINANG 4 Julai - Gerakan membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengamalkan sikap 'pilih kasih' apabila mengutuk perarakan dan perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Jumaat lalu sedangkan pada masa sama menyokong perhimpunan haram Bersih pada Sabtu ini.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Pulau Pinang, Guan Eng sepatutnya membantah perhimpunan haram Bersih demi menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Perhimpunan yang diadakan di Komtar pada Jumaat lalu adalah bagi membantah pentadbiran Guan Eng.

"Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, dia (Guan Eng) sepatutnya bersikap adil dan tidak berat sebelah. Kalau tidak mampu bersikap sedemikian, lebih baik letak jawatan," katanya.

Sumber @ Utusan Online

The truth colour of Ikan Guan. Aku memang tak hairan dengan cara Ikan Guan nie termasuk dengan bapak dier sebagai mentor, memang tak boleh pakai. Macam pepatah Melayu Ikan Haruan makan anak.

Malaun dua beranak nie kat Melaka dia tak boleh nak kelentong, dia lari plak ke Penang. Aku pun tak faham macamamana orang Penang boleh terima dier sebagai KM.

Aku rasa tunjuk perasaan tempohari terhadap Ikan Guan ini merupakan satu pengajaran terhadap beliau. Baru dia tahu tinggi rendahnya langit tuu. Dier kena ingat Penang tu bukan untuk satu kaum aje. Sebab kita nie semua masyarakat majmuk. Kena ader give and take dan fair play macam FIFA. Jangan terlampau ego dengan satu bangsa kerana ia boleh memudaratkan, seperti yang terjadi di Pulau Pinang tempohari.

Orang DAP kena tahu dan faham sejarah, hendak tak hendak kena terima hakikat yang negara ini merupakan Tanah Melayu. Jadi dengan membelakangkan orang Melayu merupakan satu kesilapan besar.

Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan DiCari

Tiada ulasan: