
khaiazr@bhrian.com.my
2011/07/13
Mohamad Satim kecewa diarah keluar sidangSHAH ALAM: Ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam, kesal kerana menerima hukuman itu hanya kerana mahu bertanya kepada ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim yang cuba mempersendakan Islam.
Mengulas lanjut, Mohamad Satim berkata, Suee Lim tidak layak bercakap mengenai hadis kerana beliau bukan orang Islam selain tidak memahami maksud hadis Rasulullah SAW itu sendiri. “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis,” katanya.
Mohamad Satim berkata, bukan Islam sepatutnya lebih menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak menyalahgunakan hadis dan al-Quran bagi kepentingan politik.
Sumber @ Berita Online
Inilah hasilnya yang orang Islam di Selangor dapat dari kebodohan sendiri. Menang bersabung tapi negara tergadai.Mana perginya suara-suara lantang pemimpin PAS dan PKR. Jangan jadi dayus, hanya kerana ingin memerintan negeri Selangor.
DAP bagai serkam dalam api yang boleh memusnahkan Islam dalam senyap.