
Persoalannya siapakah calon yang bakal memenangi kerusi Timbalan Presiden pada Muktamar PAS ke-57 kali ini?
Jika dilihat dari jumlah pencalonan sudah pasti ramai yang melihat Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mat Sabu’ berpeluang cerah merampas kerusi Timbalan Presiden daripada Nasharuddin pada pemilihan kali ini.
Difahamkan setakat ini, Mat Sabu telah menerima hampir 70 pencalonan daripada 152 PAS kawasan berbanding Nasharuddin memperoleh 40 pencalonan sementara Tuan Ibrahim mendapat 39 pencalonan.
Sumber @ mStar Online
1 ulasan:
Mat Sabu? Tak glemernya nama dia...Saya tak berapa ikut kisah PAS ni. Politik ni parti mana pun sama je. Ada yang pakai slogan adil, ada yg pakai slogan dulu, kini dan selamanya dan PAS pulak slogan Parti Islam. DAP pulak perjuang satu kaum je. Asyik bercekau sesama sendiri je...bila negara nak Maju?
Catat Ulasan