Selasa, 31 Mei 2011

Jangan Politik Tarif Baru Elektrik


Oleh S Anand Kumar dan Lum Chee Hong
2011/05/31

Percuma bil kurang RM20 sebulan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan.

Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini. “Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif.Pada masa sama, semakan baru tarif elektrik tidak harus dijadikan alasan oleh segelintir pihak untuk menaikkan harga barangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata pihaknya akan turun padang untuk menemui rakyat bagi memberi penjelasan berhubung semakan baru tarif elektrik.

“Sudah tentu pembangkang akan mempolitikkan perkara ini. Kita akan bertemu rakyat dan memberitahu mereka faktor di sebalik kenaikan tarif elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan, berkata pemasangan lampu hiasan untuk projek landskap harus dikaji semula dalam usaha menerapkan sikap menjimatkan elektrik.
“Sekarang kita dapat melihat di sekitar bandar, lampu hiasan terlalu banyak dan kadangkala beroperasi sehingga awal lewat pagi,” katanya.

Sumber @ Berita Harian Online- 31 Mei 2011

Aper Bapak Menteri nie tak paham ker, rata-rata rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai, bil, yuran pelajaran anak, bayar rumah, bayar kereta dan belanja dapur. Belum masuk hutang kad kredit dan hutang pinjaman peribadi. Berapa la sangat gaji rakyat, simpanan untuk hari tua pun tak ader.

Bukan semua rakyat kerja jadi COE dengan gaji mencecah RM40 ribu keatas. Mungkin kome tak merasa bahang kenaikan harga barang harian. Lagi boleh hantar anak belajar luar negara. Makan tak habis. Silap hari bulan tambah bini lagi.

Ini ditambah lagi dengan kadar takrif baru letrik. Macammana nak jimat tenaga letrik dengan cuaca negara kita yang panas nie siang malam kena pasang kipas. Ini belum lagi naik tol la, naik tarif air la. Suda-suda la menyusahkan rakyat.

Siapa Tutup Kipas Nie, Berpeluh ketiak Aku

1 ulasan:

Ader Rupa Ader Gaya berkata...

Dalam kehangatan bahang menjelang PRU13 kerajaan masih lagi tidak memahami keperitan yang ditanggung oleh rakyat. Rata-rata rakyat mengeluh akan kenaikan harga barang keperluan harian seperti ikan, ayam dan bahan bakar.

Isu kenaikan tarif letrik ini perlu dilihat akan kesannya kepada semua bukan hanya kepada sebilangan rakyat sahaja. Kenaikkan tarif letrik ini sudah tentu akan menjadi alasan kepada peniaga untuk menaikkan harga barang.

Lepas Nie Apa La Pulak..